BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Madah Mutiara

.

.

diaktifkan oleh Klik1Malaysia.com

Thursday, March 25, 2010

untungnya mencintai Allah

Untung mencintai ALLAH
Menjadikan Tuhan sebagai cinta agung adalah jaminan kebahagiaan dan keselamatan hidup dunia dan Akhirat.Roh semulajadi manusia ingin disayangi dan menyayangi, ingin dikasihi dan mengasihi serta ingin dicintai dan mencintai. Perasaan sayang manusia tiada terhad sesama insan semata tetapi meliputi semua makhluk sama ada yang bernyawa sayang pula diberi hanya sesama manusia, tidak kepada benda. Ini yang membezakan di antara 'sayang' dengan 'kasih sayang'. Manakala perasaan cinta pula walaupun tidak salah diberikan sesama makhluk tetapi cinta paling agung hanya layak diberikan untuk Tuhan.

Menyintai atau ingin dicintai oleh manusia bukanlah kemuncak cinta atau cinta agung, kerana cinta sesama manusia tidak kekal. Paling lama sekadar tempoh masa kita masih hidup. Bahkan sering berlaku dalam sebahagian perjalanan usia kita lagi, iaitu sebelum kita mati, cinta itu telah pudar atau terungkai sama sekali. Cinta yang diagung-agungkan dan dipuja-puja itu hancur berkecai.

Di sini barulah kita sedar bahawa cinta kepada makhluk atau cinta daripada makhluk bukanlah cinta yang hakiki atau sejati. Itu hanya cinta sementara waktu. Kita sahaja yang menyangka cinta itu sejati dan sampai ke hujung. Rupa-rupanya dalam perjalanan umur, cinta kita kepada orang lain atau cinta orang lain kepada kita, dengan sendirinya dia ataupun kita sendiri yang mengungkainya semula atas sebab-sebab yang berrnacam-macam.

Oleh kerana itulah, mencintai makhluk selalu mengecewakan kita sekalipun bukan satu kesalahan. Jadi jangan meminta, menagih atau mengharapkan sangat untuk mencintai manusia atau dicintai oleh manusia walaupun is tidak salah. Cinta itu tidak abadi.

Sebaliknya berilah dan terimalah cinta yang kekal abadi. Itulah cinta agung namanya. Iaitu cintakan Allah yang Maha Agung. Inilah cinta yang hakiki, yang sejati, yang kekal abadi dan membawa kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di Akhirat.

Cintakan Allah ini tiada tandingan dan bandingannya. Cinta ini jika berjaya diperolehi adalah cinta yang paling memuaskan dan menenangkan. Buahnya paling menghiburkan dan paling membahagiakan. Tetapi malangnya cinta yang hakiki dan agung ini jarang orang ambil perhatian. Jarang orang memburunya seperti cinta-cinta murahan yang lain. Mungkin daripada jutaan manusia, hanya seorang yang memburunya.

Kalau seseorang itu telah mencintai Allah, walaupun seluruh makhluk memusuhinya atau membencinya, namun dia tetap mendapat kebahagiaan dan ketenangan. Sebalikriya cinta kepada makhluk tidak akan membawa manusia kepada kebahagiaan sejati dan kekal abadi, selagi cinta hakiki lagi agung daripada Allah itu tidak dimiliki. Sebab itulah orang yang beriman dengan Allah dan mentaatiNya sentiasa tenang walaupun di dalam kesusahan dan ujian.

Oleh yang demikian, kalau kita tidak dapat memiliki cinta daripada manusia, usahlah bersedih hati kerana cinta itu tidak abadi. Pun tidak hakiki dan sejati. Kalau begitu, cari dan burulah cinta yang agung, iaitu Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Beruntungnya sesiapa yang menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya.

Sesiapa yang menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya, amat beruntunglah hidupnya di dunia dan Akhirat. Di antara keuntungan yang diperolehinya ialah:

1.Tiada kecewa

Seseorang itu tidak akan kecewa dalam percintaannya merebut cinta agung. Seandainya semua makhluk di bumi dan langit berlumba-lumba merebut cinta Tuhan, tidak ada siapa yang akan kecewa bahkan Maha Kuasanya Tuhan dapat membalas cinta semua makhluk-makhlukNya serentak dari yang sekecil-kecilnya hinggalah yang sebesar-besarnya. Tiada siapa yang akan kecundang dan kecewa dalam perebutan mencari cinta agung.

2.Tiada saingan

Tidak akan berlaku saingan, pertarungan, permusuhan atau peperangan dalam mencari cinta Tuhan. Sebaliknya dalam perebutan mencari cinta dunia sama ada cinta manusia, biasanya akan berakhir dengan permusuhan dan akan ada yang kecewa dan menderita.

3. Mendapat ketenangan dan kebahagiaan

Mendapat cinta Tuhan akan membuahkan ketenangan, kedamaian, keamanan dan kebahagiaan yang hakiki. Jiwa lapang, hati senang dan tenang. Bahkan kesengsaraan, kesakitan atau penderitaaan dalarn usaha meraih cinta agung itu pun sudah merupakan sebahagian daripada kebahagiaan. Kadangkala hati resah, cemas dan bimbang apakah cintanya terhadap Tuhan itu berbalas. Dalam keresahan cemas dan bimbang itu terubat pula dengan keyakinan bahawa Tuhan itu Maha Luas RahmatNya. Maka di situ pula bertambah lagi ketenangan. Sesekali terasa diri lemah, dhaif dan lalai, tertebus pula dengan pengaduan serta bermanja-manja dengan Allah SWT yang Maha Pengasih. Bertambah pula mendalamnya rasa kehambaan. Sebaliknya merebut cinta dunia akan menimbulkan keresahan dan tiada ketenangan di jiwa. Walaupun dunia yang dicintai itu sudah ada di tangan, namun fikiran masih kusut.
Mereka yang gagal mendapat dunia yang dicintai dan diburunya itu pula sudah rarnai yang sakit jiwa dan berputus asa. Bahkan ada yang sanggup bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan yang tidak kekal itu.

4. Dapat kawan dan perpaduan

Bersama-sama mencari Tuhan membawa manusia berukhuwah dan berkawan. Walaupun manusia itu dari berlainan latar belakang, bangsa, pangkat, kedudukan malah jika pernah menjadi musuh sekalipun, namun di dalam perjuangan merebut cinta Tuhan, secara automatik setiap hati manusia itu akan terikat satu sama lain. Kerana masing-masing sedang dalam perlumbaan mencari cinta yang satu iaitu cinta yang hakiki. Sebaliknya pertarungan dalam merebut cinta dunia akan mengakibatkan ukhuwah dan persahabatan makin jauh dan terbarai. Akhirnya akan membawa kepada pecah belah dan permusuhan.

5. Menghilangkan mazmumah

Mencari cinta Tuhan dapat membantu menghilangkan mazmumah. Mazmumah adalah sifatsifat keji yang terdapat dalam diri manusia seperti hasad, dengki, sombong, ego, tamak, gila dunia dan lain-lain. Mazmumah dapat merosakkan segala kebahagiaan dan ketenangan di dalam jiwa seseorang insan. Perlumbaan mencari cinta Tuhan adalah salah satu proses paling berkesan dalam usaha seseorang manusia meruntuhkan mazmumah di dalam jiwa.

Sebaliknya, merebut cinta dunia akan menebalkan mazmumah. Hasad dengki pasti akan berlaku dan ia bagaikan siraman baja yang menyuburkan lagi pohon mazmumah dalam diri manusia.

6. Disenangi oleh orang

Mengejar cinta Tuhan orang akan suka dan rasa senang. Tiada siapa yang akan rasa tercabar atau tergugat dalan pertarungan merebut cinta Tuhan Orang yang berusaha merebut cinta agung akan disenangi semua makhluk. Manusia senang dan sayang padanya dan para malikat juga turut mendoakannya Kerana makin ramai yang merebut mencintai Tuhan, semakin mendorong kepada tercetusnya keamanan, ketenangan dan kebahagiaan.
Sebaliknya di dalam sesuatu pertarungan atau perebutan lebih-lebih lagi perebutan cinta dunia, ramai yang tidak senang dan makin dibenci orang. Semakin sengit perebutan dunia, makin bertambahlah huru-hara dan porak-peranda hidup.

7. Tidak akan kesepian atau keseorangan

Memburu cinta Tuhan tidak akan keseorangan dan kesepian. Biarpun tiada kawan bersama, kita tidak akan rasa kesunyian dan ketakutan kerana Tuhan yang menjadi cinta agung sentiasa ada bersama. Malah Tuhan bukan sekadar boleh memerhati, bahkan boleh menjaga dan melindungi kita. Malah di waktu kita tidur, di kala kekasih yang paling hampir dan paling kita cintai pun tidak mampu untuk menjaga kita. Tuhan boleh menjaga dan mengawal kita kerana Dia tidak tidur.

Meletakkan cinta dan harap pada Tuhan akan membuatkan hati sentiasa rasa tenang dan selamat kerana kita tahu bahawa kita berada di dalam kawalan dan penjagaan satu Zat yang Maha Agung lagi Berkuasa. Sebaliknya, manusia yang menyandarkan diri kepada cinta selain Tuhan, belum tentu makhluk yang dicintainya itu dapat mendampinginya sepanjang masa lebih-lebih lagi menjadi pelindungnya setiap masa.

8. Jalannya luas dan selamat.

Mengejar cinta Tuhan jalannya luas, lapang, selamat dan menyelamatkan, manakala mengejar cinta dunia jalannya sempit, himpit-menghimpit serta memudharatkan. Begitulah beruntungnya sesiapa yang menjadikan Tuhan cinta agungnya dan malang sekali bagi sesiapa yang memburu cinta selain Tuhan.

Memburu cinta selain Tuhan dua kali malang Masa berjalan begitu laju. Tidak pernah berhenti walau sedetik. Ertinya begitu laju umur kita meningkat, setiap detik umur kita meninggalkan kita. Setiap detik umur kita berkurang. Tetapi hakikat ini jarang kita rasai. Setiap detik, kita makin jauh meninggalkan dunia dan setiap detik jugalah kita makin dekat menghampiri Akhirat. Kalaulah kita cintakan dunia, maka apa yang kita cintai itu makin hail makin jauh terpisah dari kita. Sedangkan Tuhan yang tidak pernah kita cinta makin dekat dengan kita. Alangkah malang dan terseksanya jiwa terpaksa meninggalkan apa yang kita suka dan cinta. Bertambah malang dan terseksa lagi apabila kita akan berhadapan dengan Tuhan yang tidak pernah kita cinta sepanjang hayat kita. Ertinya kita pergi ke Akhirat, mengadap Tuhan tanpa membawa apa-apa. Yang kita cinta hendak ditinggalkan, manakala yang tidak kita cinta, akan berhadapan dengan kita. Maka kita akan berhadapan dengan dua kali penderitaan, iaitu meninggalkan yang kita cinta, hendak bertemu Tuhan.
Roda umur kita makin laju ke hadapan. Dunia yang kita cinta makin jauh kita tinggalkan sedangkan Tuhan yang sepatutnya kita cinta masih jauh dari kita. Aduh, malang sekali nasib kita di sana, negara yang kekal abadi. Kenapa Tuhan perlu dijadikan cinta agung? Setiap makhluk perlu menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya kerana terialu banyak nikmat dan kasih sayang yang Allah limpahkan kepada makhlukNya. Kasih sayang Allah pada makhlukNya boleh dilihat dari dua sudut. Pertama dari sudut ilmu dan kedua dari sudut realiti yang berlaku dalam kehidupan seharian.

i. Dari sudut ilmu
Banyak ayat Quran dan Hadis yang memperlihatkan kasih sayang Allah pada hamba-Nya. Di atas kasih sayang Tuhan itu, wajarlah seorang hamba itu meletakkan cinta agungnya hanya kepada-Nya.

ii. Di sudut realitinya
Dalam realiti kehidupan manusia, kita wajib meletakkan cinta agung kepada Tuhan yang Maha Agung supaya dengan itu kita akan mendapat ketenangan yang agung di dunia dan Akhirat. Ini kerana:

a) Allah itulah Tuhan yang mencipta dan menghidupkan kita serta menjadikan seluruh isi dunia ini untuk kita gunakan, cuma jangan sampai menyalahgunakannya.

b) Dia jugalah Tuhan yang menjadikan Akhirat sebagai tempat tinggal kita yang abadi selepas mati. Dan jika kita beriman dengan-Nya, menyembah dan mentaati-Nya serta berbuat balk seperti yang Dia kehendaki; bukan seperti yang kita kehendaki, maka kita akan ditempatkan di dalam Syurga yang nikmatnya tidak dapat kita bayangkan di dunia ini. Tetapi kalau berlaku sebaliknya, maka azab NerakaNya pula yang akan ditimpakan kepada kita yang mana tidak dapat digambarkan penderitaannya. Mudah-mudahan Allah melindungi kita dari azab yang dahsyat dan pedih ini.

c) Allah jualah yang menciptakan suami untuk berhibur, isteri untuk bersenang-senang dan anak-anak sebagai cahaya mata penyejuk hati. Kalau begitu mengapa kita tidak mencintai Allah, Tuhan yang mengurniakan kita suami, isteri dan anak-anak itu?

d) Sewaktu kita diuji oleh kesakitan maka Allahlah yang menyembuhkan. Diberi kelegaan daripada kesakitan yang kita alami. Dikurniakan ketenangan dan kesabaran ketika berhadapar dengan kesakitan dan kesusahan. Disembuhkan selepas sakit bukankah merupakan satu nikmat Tuhan yang wajib disyukuri?

e) Allah jualah yang memberi rezeki yang tidak terhingga banyaknya yang mana dengan itulah kita dapat makan, minum, berpakaian dan lain-lain. Maka dengan itu selamatlah kita dari lapar, dahaga, telanjang dan sebagainya.

f) Kalau ada masalah atau ujian hidup, kepada Allahlah kita minta penyelesaian. Setiap hamba merasakan dia mempunyai tempat untuk mengadu dan berharap. Ada satu zat yang Maha Agung yang mana setiap hamba boleh menyandarkan segala harapan pada-Nya. Harapan itu pun sudah cukup melegakan. Itu pun sudah memadai untuk menjadikan kita manusia yang tidak berputus asa dan kecewa, harapan ini akan mengurangkan tekanan jiwa.

g) Allah menjadikan manusia sebaik-baik makhluk. Lebih mulia dan sempurna dari haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain. Malah manusia yang bertaqwa lebih mulia dari para malaikat. Manusia dikurniakan akal fikiran yang mana dengannya manusia dapat ilmu dan mampu menguasai makhluk lain walau sebesar dan sekuat mana pun makhluk itu.

h) Allah jugalah yang menggilirkan malam dan slang agar manusia dapat berehat dan bekerja sesuai dengan fitrah semulajadi manusia.

Cukuplah sekadar itu senarai nikmat-nikmat yang besar yang kita terima dari Tuhan. Sebenarnya banyak lagi nikmat Allah pada kita yang kita tidak mampu kita hitung, seperti firman Allah:"Jika kamu ingin menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya."

Berdasarkan hujah-hujah di atas maka sewajarnyalah kita mencintai Allah iaitu dengan cara beriman dan menyembahNya sepertimana yang Dia mahu, bukan sepertimana yang kita mahu. Seterusnya mentaati perintah dan menjauhi laranganNya.

Oleh kerana begitu besar dan agungnya Tuhan dalam hidup kita maka dalam kita berbuat apa sahaja, biarlah bersama Tuhan. Sertakan Tuhan dalam kehidupan, bawalah rasa bertuhan ke mana-mana. Jadikan Tuhan segala-galanya dalam hidup, modal hidup mati kita, aset yang kekal abadi. Mencari Tuhan akan memberi keuntungan dan kebahagiaan kepada kita. Meninggalkan Tuhan, kita akan kecundang. Tuhan adalah harta yang bukan harta yang sangat diperlukan. Selain Tuhan adalah harta yang tidak memberi jaminan. Jika kita memiliki Tuhan hakikatnya kita memiliki segalagalanya manakala kehilangan Tuhan pula adalah kehilangan segala-galanya............

..

Sunday, March 14, 2010

Saturday, March 13, 2010

persoalan halah bukan hanya untuk makanan sahaja

KUALA LUMPUR: Rang undang-undang Akta Halal bertujuan memperkemas, menguatkuasa dan mempertingkatkan keberkesanan dalam melaksanakan peraturan halal akan dibentangkan di Parlimen pertengahan tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata draf itu kini di peringkat akhir kajian sebelum diserahkan kepada Peguam Negara untuk diperhalusi untuk dibentangkan di Parlimen pada sesi Jun atau Julai ini. Beliau berkata,

Peguam Negara akan meneliti dan mengkaji aspek perundangan dan peraturan berkaitan akta itu bagi menentukan bentuk hukuman, peraturan, denda dan prosedur lain yang boleh dikenakan terhadap pihak yang cuba mempermainkan aspek halal dan mereka yang gagal mematuhinya. “Selepas diluluskan, akta itu juga akan memastikan tidak ada pihak yang menyalahguna logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Kerajaan jangka akta itu dapat diluluskan dan dilaksanakan selewat-lewatnya akhir tahun ini,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Kempen 1Malaysia 1Halal di pekarangan Masjid Negara di sini, semalam. Majlis pelancaran disempurnakan Timbalan Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Badlishah yang juga Sultan Kedah. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Terdahulu dalam ucapannya, Jamil Khir berkata, kempen 1Malaysia 1Halal penting dalam mengangkat tuntutan fardu ain hukum halal menjadi industri berimpak tinggi, sekali gus dapat melonjakkan kedudukan sosioekonomi ummah.

Beliau berkata, ia selaras misi nasional untuk menjadikan Malaysia sebagai hab halal dunia yang mempunyai potensi bernilai RM8 trilion setahun di pasaran global. Katanya, berdasarkan kajian Highbeam Research pada 2007, nilai pasaran makanan halal mencecah US$150 bilion (RM510.5 bilion) dan dijangka meningkat kepada US$500 bilion (RM1,702 bilion) tahun ini dengan prospek 1.8 bilion pengguna Islam di 112 negara.

“Peningkatan ini adalah lonjakan yang sangat besar, sekali gus mampu menjadikan industri terbabit amat penting untuk diterokai dan dikuasai,” katanya.

Sumber : Berita Harian, 27/02/2010

HALAL BUKAN HANYA PERSOALAN MAKANAN DAN ISLAM ITU BUKAN HANYA MEMBAHAS PERSOALAN HALAL TAPI JUGA MEMBINCANGKAN PERSOALAN HARAM

Umat Islam nampaknya semakin buruk pemahaman mereka terhadap Islam apabila hanya melihat persoalan halal itu dalam konteks makanan semata-mata. Mengapa persoalan halal dan haram yang lain diketepikan? Sebagai contoh firman Allah SWT:

“Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba”. [TMQ Al-Baqarah (2) : 275].

Sebagai seorang Muslim kita diperintahkan oleh Allah SWT untuk menerapkan Islam sepenuhnya. Firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata”. [TMQ Al- Baqarah (2) : 208].

Oleh itu seorang Muslim wajib membicarakan persoalan halal dan persoalan haram. Arak itu haram. Judi itu haram. Riba itu haram. Demokrasi itu haram. Ashobiyyah itu haram. Membuka aurat di khalayak awam itu haram. Parlimen tempat manusia membuat undang-undang itu adalah haram. Dan apa yang lebih malang adalah persoalan halal itu perlu pula dibawa ke parlimen untuk disahkan! Nampaknya kuasa manusia mengatasi kuasa Allah SWT apabila persoalan halal ini memerlukan “lesen” kebenaran dari manusia untuk ianya disahkan sebagai suatu undang-undang!! Inilah kebatilan dan keharaman yang wujud di dalam sistem demokrasi apabila manusia mengambil hak Allah SWT sebagai musyarri’ (pembuat hukum).

Islam sebagai suatu cara hidup yang lengkap telah mengatur seluruh kehidupan manusia secara jelas dan terperinci. Islam telah menjelaskan kepada manusia bahawa hak untuk membuat hukum itu hanyalah milik Allah SWT sahaja tanpa ada sebarang campur tangan dari pihak luar. Firman Allalh SWT: “

Sebenarnya hukum (yang menentukan amalan manusia) hanyalah bagi Allah. Dia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia. Yang demikian itulah agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”. [TMQ Yusuf (12) : 40].

Inilah kesannya apabila manusia cuba melaksanakan Islam dengan tidak melihat dan tidak menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh terbaik yang wajib untuk mereka ikuti. Firman Allah SWT:

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)." [TMQ Al-Ahzaab (33) :21].

Friday, March 12, 2010

pertembungan 2misi :misi yahudi dan misi islam

Ketakutan tentang hari akhir atau hari kiamat di dalam benak dunia Barat, dalam hal ini Amerika Syarikat diam-diam ternyata sudah menjadi momok sejak lama. Perubahan sikap Gedung Putih yang tadinya malu-malu mengakui jika dirinya sangat kuat agama dengan kepercayaan Judeo-Christianiy-nya, menjadi sepenuhnya terbuka dan bangga dengan keyakinan Kabbalisnya tersebut dimulai pada era Presiden Ronald Reagan di era 1980-an. Sikap Presiden Jimmy Carter yang melunak dalam kebijakan di Timur Tengah di akhir masa kekuasaannya, membuat lobi Zionis berubah haluan dengan tidak mendukungnya lagi dan menemukan susuk calon presiden yang baru yang sangat mendukung mereka. Ronald Reagan, mantan aktor Hollywood yang terjun ke dunia politik dijadikan pilihan. Dalam Pilihanraya 1980, Reagan menang mengalahkan Carter.

Reagan sendiri seorang Judeo-Christian (Zionis-Kristen) yang sangat taat, juga Kepala Departemen Kehakiman Amerika Ed Meese, Sekretaris Departemen Pertahanan Casper Weinberger, Menteri Dalam Negeri James Watt, dan hampir semua pucuk pimpinan di Negara tersebut.

Di saat kekuasaan Reagan-lah dimulai diselenggarakan seminar-seminar keagamaan di Gedung Putih secara teratur, Para tokoh Zionis-Kristen seperti Jerry Falwell, Mike Evans, dan Hal Lindsey, diundang untuk berbicara dan mengadakan kontak pribadi langsung dengan para pemimpin nasional dan Kongres.

Misal, di tahun 1982, Reagan mengundang Falwell untuk memberikan ceramahnya di depan pejabat Dewan Keamanan Nasional soal kemungkinan pecahnya perang nuklear melawan Rusia dalam perspektif nubuatan kuat agamanya.

Dalam suatu percakapan pribadi dengan Tom Dine, seorang pelobi senior Yahudi yang bekerja untuk American Israel Public Affairs Committee (AIPAC), seperti yang dimuat dalam The Washington Post (April 1984), Reagan mengatakan jika dirinya sangat kuat agama dan sangat yakin dengan berbagai ramalan tentang hari akhir yang digambarkan oleh Talmud.

“Anda tahu,” ujarnya, “Saya berpaling kepada nabi-nabi kuno Perjanjian Lama dan kepada tanda-tanda yang telah meramalkan Perang Armageddon. Saya sendiri jadi bertanya-tanya, apakah kita ini—saya dan Anda—akan melihat semuanya itu tergenapi. Saya tidak tahu. Apakah Anda belakangan ini juga telah memperhatikan nubuat-nubuat para nabi itu; akan tetapi, percayalah kepada saya bahwa nubuat-nubuat itu menggambarkan masa-masa yang sekarang ini sedang kita jalani.”

Penerus Reagan, mantan pimpinan CIA George HW Bush, Bill Clinton, dan George W. Bush, meneruskan upaya Reagan. Di antara mereka, yang paling banyak disorot media massa adalah George Bush Junior yang digambarkan sangat fundamentalis. Di sekeliling Bush Junior bertebaran pendeta-pendeta Zionis-Kristen fundamentalis seperti Jerry Falwell, Pat Robertson, Hal Lindsey, Zola Levitt, Oral Roberts, Mike Evans, Tim LaHaye, Kenneth Copeland, Paul Crouch, Ed McAteer, Jim Bakker, Chuck Missler dan Jimmy Swaggart. Semuanya adalah para pemuka Kristen–Zionis. Mereka membela kepentingan Israel lewat semua media yang dikuasainya.

Secara teratur, para pemimpin Kristen fundamentalis ini, bersama dengan organisasi-organisasi pro-Israel yang mereka pimpin, menjangkau lebih dari 100 juta orang Kristen Amerika, dan lebih dari 100 ribu pendeta. Jumlah dana operasional mereka konon mencapai US$ 300 juta setahun. Merekalah aktor intelektual bagi dukungan membabi-buta Amerika terhadap Zionis-Israel sampai saat ini.

Pengganti Bush Junior, Barrack Obama (“Barrack” adalah nama Yahudi, seperti halnya Ehud Barrack), meneruskan semua yang telah dilakukan para pendahulunya, walau type kepemimpinannya dikesankan sangat egaliter, dikesankan sangat kontra dengan gaya kepemimpinan Bush yang berasal dari Partai Republik. Padahal sama saja.

Kuatnya kepercayaan mereka terhadap hari akhir tidak lepas dari keyakinan kaum Zionis-Yahudi terhadap hari akhir yang sebenarnya mereka tahu dan percaya tentang bagaimana mereka akan berperang dan kalah dalam peperangan di Bukit Armagido melawan pasukan kaum Muslimin yang dipimpin Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s, sehingga dengan sekuat tenaga—namun dilakukan dengan penuh kerahsiaan—kaum Zionis ini berusaha memperkuat diri dan menghindari “takdirnya” tersebut.

Salah satu program nasional yang sejak lama dilakukan Zionis-Yahudi di Tanah Palestina yang diduduki secara sepihak, dan didukung penuh kaum Zionis di seluruh dunia, adalah dengan menanami sebanyak-banyaknya Tanah Palestin dengan pohon Yahudi, iaini pohon Ghorgod. Pohon Ghorgod merupakan salah satu spesies pohon terpenting yang sejak lama memang dikenal sebagai salah satu pohon paling beracun di dunia. Dengan program ini, kaum Zionis-Yahudi bermaksud akan berlindung di balik pohon-pohon tersebut di dalam peperangan hari akhir.

Selain program pohon Ghorqod, Zionis-Israel juga telah membangun tembok pembatas antara wilayah yang didudukinya dengan wilayah pemukiman warga Palestin. Tembok yang jauh lebih tinggi dan kuat dibanding tembok Berlin ini sesungguhnya dibuat untuk menghadapi peperangan di hari akhir menghadapi pasukan Imam Mahdi.

Sejak tahun 1960-an, NASA juga telah mengetahui jika matahari akan mendekati bumi, ini merupakan cycle perputaran matahari selama 3.600 tahun, sehingga akan mempengaruhi medan magnetik di bumi. Salah satu kemungkinan yang telah diprediksi sejak lama adalah adanya sebuah asteroid besar yang akan masuk ke bumi dalam masa-masa itu. Sejumlah kalangan, termasuk tokoh Zionis-Yahudi AS bernama Rabi Yitzhak Qadduri, sangat yakin jika asteroid besar itu akan menghentam wilayah Amerika Syarikat, sebagaimana meteor raksasa yang pernah menghantam kawasan Arizona sehingga sampai saat ini meninggalkan cerukan yang sangat besar di sana.

Rabi Yitzhak Qadduri menyerukan kepada para pengikutnya dan kepada seluruh kaum Yahudi di Amerika agar meninggalkan negara itu secepatnya untuk menghindari bencana tumbukan asteroid raksasa yang akan terjadi. Rabi Qadduri bahkan menyerukan agar kaum Yahudi Amerika juga pindah ke Ethiopia, satu negeri di Afrika yang diyakininya akan selamat dari bencana tersebut.

Entah mengapa, dalam bagian akhir film 2012 juga disebutkan jika Afrika selamat dari bencana besar tersebut. Adakah film Holywood tersebut merupakan “pesan rahsia” yang ditujukan bagi kaum Yahudi dunia? Wallahu’alam.

Satu lagi ketakutan kaum Barat terhadap bencana besar adalah ramalan dari Santo Malachy, salah satu orang suci dalam keyakinan Katolik yang hidup di abad ke-12 Masehi yang telah meramalkan jika takhta kepausan di Vatikan dalam waktu dekat akan hancur.

Semua ketakutan tersebut tidak akan menghantui kaum Muslimin, karena Allah Swt telah berjanji jika kaum Muslim seluruh dunia tidak akan mengalami hari kiamat yang menakutkan tersebut, karena umur umat Islam akan habis pada saat angin lembut bertiup dari Yaman, sebelum bumi hancur berkeping-keping melumatkan isinya. Dan Sebagai seorang yang berakal jernih pasti sahaja kaum Muslimin jelas dan tahu bahawa kita sedang dalam persiapan ke arah pemersatuan ummat islam dengan Khilafah, terlalu banyak gerakan-gerakan islam hari ini cenderung menyuarakan pemersatuan ummat dengan Khilafah. Antaranya yang umum ketahui pencetus dakwah yang konsisten menegakkan Khilafah ialah Hizbut Tahrir yang berasal dari AlQuds diasaskan oleh Al-Imam Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani. Kemudian di ikuti oleh gerakan-gerakan islam yang lain, United Ummah, Ikatan intelektual Nusantara, Bldk, Gema Pembebasan, dan termasuk Gasim sendiri, menyeru kaum muslimin yang sedar akan reality ini kearah pemersatuan Ummat dengan satu akidah satu perasaan, satu pemikiran, satu bendera, satu perjuangan.

Khilafah merupakan sebuah Institusi kedaulatan yang akan menjaga dan mengaplikasikan syariat islam 100% didalamnya ummat islam dari seluruh dunia yang mana kurang lebih 58 buah negari yang terpecah-pecah akan bersatu di Bawah Al-Liwa (bendera putih berkalimah tauhid hitam, benderanya rasulullah @ bendera negara Khilafah selama 1300 tahun) dan Panji Ar-Royah (Panji hitam yang berkalimah tauhid putih, merupakan panjinya Rasulullah @ panji jihad daulah Khilafah selama 1300 thn khilafah memayungi dunia).

Kembalinya khilafah ini juga merupakan sebuah isyarat nubuah, dimana Rasulullah Saw bersabda dalam bisyarahnya:

"Di tengah-tengah kalian terdapat masa KENABIAN yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu ketika Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian akan ada masa KEKHILAFAHAN yang mengikuti Manhaj Kenabian yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu saat Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian akan ada masa KEKUASAAN YANG ZALIM yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu ketika Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian akan ada masa KEKUASAAN DIKTATOR (kuku besi) yang menyengsarakan yang berlangsung selama Allah mengkehendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu saat Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Selanjutnya akan muncul kembali masa KEKHILAFAHAN yang mengikut MANHAJ KENABIAN." Setelah itu Beliau diam. (HR Ahmad)

Khilafah tidak akan berdiri dengan jalan demokrasi, khilafah tidak akan berdiri dengan jalan-jalan yang bukan islami, ia hanya akan berdiri dengan Manhaj Kenabian, Manhaj Kenabian disini membawa maksud mengikuti segala yang diperjuangkan oleh Rasulullah, dari fase awalnya di mekah secara syir, sehinggalah kepada fase hijrah di Madinah, kemudiannya Khilafah yang didirikan juga merupakan Khilafah atau sistem kenegaraan baik dari segi Pemimpinnya dan penerapan Islamnya, sama dengan waktu kepimpinan yang mengikut petunjuk nubuwah yang pertama iaitu zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar, Khalifah Omar, Khalifah Othman, Khalifah Ali, dan ada yang menyatakan sehingga ke zaman Omar abdul Aziz.

Dan menurut banyaknya hadith-hadith menunjukkan bahawa ummat islam ini akan
kembali bersatu dibawah naungan khilafah, dan setelah Khilafah ini bangkit dan kemangkatan seorang khalifah yang mengepalai sistem khilafah itu barulah ummat akan membaiat Imam Mahdi sebagai penyambung tugas amirul mukminin (khalifah) yang mangkat tadi. Dan berbagai-bagai lagi isyarat-isyarat dari nubuah menyatakan akan kembalinya Khilafah ini.

Dan kiranya orang yahudi mahupun judeo-kristian ini mampu berusaha keras bagi memastikan keselamatan mereka baik melalui perang armageddon atau kiamat, sebagai seorang muslim yang beriman kepada Allah dan Rasulnya Muhammad SAW sudah menjadi kewajiban dan menjadi suatu tindakan yang sangat wajar untuk bersama-sama memperjuangkan dan membangkitkan ummat islam dari keterporokan dari zaman kegelapan bagi ummat islam, dari zaman penindasan dan penghinaan terhadap agama islam ini.

Sudah sangat pantas kita bersama-sama berganding bahu, menjadikan diri sebagai ummat yang bersakhsiyah tinggi, berpemikiran islami, berkepimpinan juga islami, dan ini semua perlukan sebuah tsaqaofah islam, yang dengannya segala tindakan, pola fikir, dan pola jiwa akan menyatu di bawah sebuah idea yang melahirkan peraturan yang mendasar kepada akidah islam; Mabda islam. Dimana dengannya nanti kita akan disatukan, dengan penyatuan pemikiran, perasaan, dan peraturan. Yang akan membuatkan diri akan terus-terusan mengidam untuk menjadi seorang panglima, singa atau pedang islam di akhir zaman yang telah dijanjikan.

Nikmat pahala dan kelebihannya tiada taranya saudaraku, peristiwa kemerdekaan bagi seluruh ummat islam ini hanya tinggal faktor masa, anugerah Allah kepada ummat islam akhir zaman ini hanya tinggal faktor masa sahaja. Mengapa ianya dinyatakan sebagai anugerah?

Ianya merupakan anugerah kerana, peristiwa pembebasan ini hanya berlaku 2 kali sahaja dalam dunia islam, pertama, sewaktu zaman nubuwwah, dimana Rasulullah Saw sendiri yang menjadi peneraju perjuangan mensyariatkan islam. Setelah Islam bisa di ziharkan dengan peristiwa hijrah dengan itu wujudnya sebuah institusi pelaksanaan syariah di Madinah, dengan adanya Madinahlah jihad terlaksana, dengan adanya madinahlah islam menjadi tinggi dengan pengaplikasiaan syariat islam secara kaffah.

Dan kini ummat islam kembali dalam keadaan terasing, seperti mana sabda Rasulullah:
“Islam muncul pertama kali dalam keadaan terasing dan akan kembali terasing sebagaimana mulainya, maka berbahagialah orang-orang yang terasing tersebut. Para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah, siapa al-ghuraba ini?" Rasulullah saw. bersabda, "Mereka adalah orang-orang yang melakukan perbaikan ketika manusia sudah rusak." (Hadits ini diriwayatkan oleh at-Thabrani dalam al-Kabir).

Bererti peluang menjadi Al-Ghuraba ini juga merupakan sekali sahaja dalam kehidupan islam, dengan mengembalikan daulah Islam, dengan membetulkan kembali sunnah-sunnah Rasulullah yang telah rosak dan dipermainkan, membetulkan akidah-akidah keliru, pemahaman-pemahaman kabur tentang islam, semuanya kerosakan yang ada akan dibetulkan oleh para pejuang Al-Guraba’ ini. Dan peluang membetulkannya sudah sampai tahap memuncak, dimana penekanan-penekanan dan penentangan terhadap pasukan-pasukan al-ghuraba ini telah semakin jelas, dengan kematian, dengan boycot, dengan penyiksaan dan berbagai lagi.

Peristiwa yang berulang, daripada zaman nubuah, dimana Rasulullah dan para sahabat telah pun mendapat penentangan yang hebat, sumayyah dibunuh, yasir dibunuh, bilal diseksa, terlalu banyak penentangan yang dihadapi mereka diwaktu Islam semakin dekat dengan tempoh kemenangannya. Dimana diwaktu itu juga, pahala yang diperoleh bagi sabiqunal awalun tidak akan sama dengan orang-orang yang masuk islam setelah hijrah. Pasti sahaja yang terkorban, tersiksa di awal perjuangan Islam lebih besar kedudukannya disisi Allah dan Rasul berbanding setelah islam dinobatkan dengan peristiwa hijrah. Yang tentunya peluang untuk menjadi orang terawal, orang yang melaksanakan sebuah revolusi aman @ Hijrah @ inqilab ini hanya sekali. Ia tidak akan pernah sama dengan perjuangan, setelah khilafah ini berdiri, ia tidak akan sama dengan perjuangan setelah seruan Jihad dilaungkan kembali oleh sang Khalifah pemimpin kaum Muslimin. Kerana diwaktu itu peristiwa inqilab telah pun berlaku. Maka kerana itulah ia merupakan sebuah anugerah bagi mereka yang menghargai sebuah anugerah Allah.

Lantas apakah masih ada yang ingin berdiam, dan memeluk tubuh?

Apakah masih ada yang tidak ingin ambil pusing dan duduk membatu, tanpa ada usaha untuk memperjuangkannya,?

Mengapa si yahudi itu yang dijanjikan manusia sombong jelek dan bodoh itu sanggup berjuang walau mereka telah dijanjikan neraka kerana tidak redhanya mereka terhadap islam dan usaha-usaha mereka menghancurkan islam?

Dan mengapa tidak bagi orang-orang islam yang dijanjikan syurga dan balasan-balasan yang tidak terhingga di hari pembalasan di atas bantuan mereka terhadap agama Allah ini mengorak langkah bersama-sama berjuang memastikan peristiwa inqilab ke dua kalinya ini benar-benar berlangsung?

Tepuk dada tanyalah iman anda?

Thursday, March 11, 2010

salam

assalamualaikum.....dan salam sejahtera kpd sume kwn2 yang kenal dri ini.....hehe.....
sj jee blog nii.....xde pape pun...just tuk isi mse yang terluang dgn menaip di blog....
nmpknye...xde idea nk tulis ape.....