BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Madah Mutiara

.

.

diaktifkan oleh Klik1Malaysia.com

Saturday, March 13, 2010

persoalan halah bukan hanya untuk makanan sahaja

KUALA LUMPUR: Rang undang-undang Akta Halal bertujuan memperkemas, menguatkuasa dan mempertingkatkan keberkesanan dalam melaksanakan peraturan halal akan dibentangkan di Parlimen pertengahan tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata draf itu kini di peringkat akhir kajian sebelum diserahkan kepada Peguam Negara untuk diperhalusi untuk dibentangkan di Parlimen pada sesi Jun atau Julai ini. Beliau berkata,

Peguam Negara akan meneliti dan mengkaji aspek perundangan dan peraturan berkaitan akta itu bagi menentukan bentuk hukuman, peraturan, denda dan prosedur lain yang boleh dikenakan terhadap pihak yang cuba mempermainkan aspek halal dan mereka yang gagal mematuhinya. “Selepas diluluskan, akta itu juga akan memastikan tidak ada pihak yang menyalahguna logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Kerajaan jangka akta itu dapat diluluskan dan dilaksanakan selewat-lewatnya akhir tahun ini,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Kempen 1Malaysia 1Halal di pekarangan Masjid Negara di sini, semalam. Majlis pelancaran disempurnakan Timbalan Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Badlishah yang juga Sultan Kedah. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Terdahulu dalam ucapannya, Jamil Khir berkata, kempen 1Malaysia 1Halal penting dalam mengangkat tuntutan fardu ain hukum halal menjadi industri berimpak tinggi, sekali gus dapat melonjakkan kedudukan sosioekonomi ummah.

Beliau berkata, ia selaras misi nasional untuk menjadikan Malaysia sebagai hab halal dunia yang mempunyai potensi bernilai RM8 trilion setahun di pasaran global. Katanya, berdasarkan kajian Highbeam Research pada 2007, nilai pasaran makanan halal mencecah US$150 bilion (RM510.5 bilion) dan dijangka meningkat kepada US$500 bilion (RM1,702 bilion) tahun ini dengan prospek 1.8 bilion pengguna Islam di 112 negara.

“Peningkatan ini adalah lonjakan yang sangat besar, sekali gus mampu menjadikan industri terbabit amat penting untuk diterokai dan dikuasai,” katanya.

Sumber : Berita Harian, 27/02/2010

HALAL BUKAN HANYA PERSOALAN MAKANAN DAN ISLAM ITU BUKAN HANYA MEMBAHAS PERSOALAN HALAL TAPI JUGA MEMBINCANGKAN PERSOALAN HARAM

Umat Islam nampaknya semakin buruk pemahaman mereka terhadap Islam apabila hanya melihat persoalan halal itu dalam konteks makanan semata-mata. Mengapa persoalan halal dan haram yang lain diketepikan? Sebagai contoh firman Allah SWT:

“Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba”. [TMQ Al-Baqarah (2) : 275].

Sebagai seorang Muslim kita diperintahkan oleh Allah SWT untuk menerapkan Islam sepenuhnya. Firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata”. [TMQ Al- Baqarah (2) : 208].

Oleh itu seorang Muslim wajib membicarakan persoalan halal dan persoalan haram. Arak itu haram. Judi itu haram. Riba itu haram. Demokrasi itu haram. Ashobiyyah itu haram. Membuka aurat di khalayak awam itu haram. Parlimen tempat manusia membuat undang-undang itu adalah haram. Dan apa yang lebih malang adalah persoalan halal itu perlu pula dibawa ke parlimen untuk disahkan! Nampaknya kuasa manusia mengatasi kuasa Allah SWT apabila persoalan halal ini memerlukan “lesen” kebenaran dari manusia untuk ianya disahkan sebagai suatu undang-undang!! Inilah kebatilan dan keharaman yang wujud di dalam sistem demokrasi apabila manusia mengambil hak Allah SWT sebagai musyarri’ (pembuat hukum).

Islam sebagai suatu cara hidup yang lengkap telah mengatur seluruh kehidupan manusia secara jelas dan terperinci. Islam telah menjelaskan kepada manusia bahawa hak untuk membuat hukum itu hanyalah milik Allah SWT sahaja tanpa ada sebarang campur tangan dari pihak luar. Firman Allalh SWT: “

Sebenarnya hukum (yang menentukan amalan manusia) hanyalah bagi Allah. Dia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia. Yang demikian itulah agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”. [TMQ Yusuf (12) : 40].

Inilah kesannya apabila manusia cuba melaksanakan Islam dengan tidak melihat dan tidak menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh terbaik yang wajib untuk mereka ikuti. Firman Allah SWT:

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)." [TMQ Al-Ahzaab (33) :21].

0 comments: