BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Madah Mutiara

.

.

diaktifkan oleh Klik1Malaysia.com

Saturday, April 17, 2010

Cinta Menurut Syariat

Kata-kata yang mampu diucapkan untuk menggambarkan rasa cinta dan sayang terlalu sedikit, ibarat setitis embun di hujung daun.
Demikianlah halnya dalam soal cinta dan kasih sayang antara suami isteri. Selain dari luahan kata-kata, perlu ada cara-cara lain yang tiada hadnya untuk mewujudkan suasana yang mampu menyiram pepohon cinta dan sayang agar terus subur.
Di sinilah perlunya diwujudkan suasana romantik. Romantik, menurut yang diistilahkan dalam kamus ialah, "memperlihatkan suasana penuh kasih sayang, keindahan, kemesraan..." Ia berasal dari kata 'romance' yang bererti "hubungan cinta" atau "percintaan". Ini bererti romantik berkait rapat dengan cinta iaitu sesuatu yang amat penting dalam menjalin hubungan erat suami isteri sepanjang usia perkahwinan. Suasana romantik wujud kerana wujudnya rasa cinta ini.
Bila rasa cinta dan sayang antara suami isteri diperlihatkan dalam bentuk kata-kata, sikap dan tingkah laku dalam kehidupan sehari-hari, tercetuslah suasana romantik. Bermakna persoalan romantik akan tetap relevan dan menjadi satu keperluan kepada pasangan sepanjang menjalin perkongsian hidup bersama.
Allah berfirman yang maksudnya,
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari dirimu sendiri, supaya tenteramlah kamu kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa cinta dan sayang..."
(Ar-Rum: 21)
Dari ayat ini fahamlah kita bahawa rasa cinta dan sayang adalah pemberian Allah yang amat besar nilainya kepada pasangan suami isteri. Bagaimana rasa cinta dan sayang ini diperlihatkan terhadap satu sama lain, di situlah lahirnya suasana yang dikatakan romantik. Suami isteri yang dapat mewujudkan suasana seperti ini boleh dianggap bersifat romantik.

Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. menyebut yang maksudnya,
"Kiranya seseorang itu menyintai saudaranya maka hendaklah diberitahukan kepadanya." (Abu Daud, Termizi dan Hakim)

Maksud hadis ini, jika kita menyenangi seseorang jangan kita hanya menyimpan di hati, tapi luahkanlah rasa senang itu kepadanya. Ini boleh dikiaskan pada hubungan suami isteri. Oleh kerana hubungan yang unik antara dua insan ini sudah sedia diikat oleh cinta dan sayang, maka wajarlah rasa cinta-menyintai itu diucapkan. Kalaupun tidak dengan kata-kata, hendaklah dengan sikap dan tingkah laku. Ertinya, suami isteri hendaklah bersikap romantik terhadap satu sama lain.

Suasana romantik boleh menjadi penawar pada hubungan suami isteri bila sekali-sekala dilanda badai dugaan dan cubaan. Sedangkan lidah lagi tergigit. Maka tatkala dilanda badai, di situ juga cinta dan sayang teruji serta menagih bukti. Salah satu pihak mesti mula mengorak langkah (make the first move).

Jika satu pihak sedang marah, satu pihak lagi mesti tenang (cool down) dan diam. Api kemarahan yang sedang menyala tidak boleh dilawan dengan api kemarahan juga, tapi perlu disiram dengan air kesabaran. Oleh itu, kadang-kadang romantik boleh diperlihatkan dengan cara diam dan membisu, bila dengan bersuara dirasakan akan memburukkan hubungan.
Suasana penuh kasih sayang dan kemesraan boleh wujud, umpamanya, dengan hanya sekadar si isteri memberi sedikit ciuman di pipi suami yang hendak keluar bekerja, atau suami mencium dahi isteri sebelum melangkah keluar rumah. Kadang-kadang ia hanya perlu dilahirkan dengan suami membawa pulang sedikit ole-ole dari tugasan luar daerah, atau isteri membekalkan suami haruman daun pandan yang diracik halus ketika suami hendak keluar bertugas. Ataupun dengan cara suami isteri keluar berduaan ke halaman pada larut malam ketika anak-anak telah lena.

Rasulullah s.a.w. ada memberi panduan dengan kata-katanya yang bermaksud,
"Beri-memberilah sesama kamu, nescaya akan saling cinta-menyintai antara kamu."

(Riwayat al-Baihaqi)


Pemberian suami kepada isteri, atau isteri kpd suami mungkin berupa pakaian, makanan, barang cenderamata dan sebagainya. Tapi bukan mahal atau murah, kecil atau besar pemberian itu yang akan menjalin erat rasa kasih dan sayang, sebaliknya tanda ingatan dan tanda sayang yang terpancar pada pemberian itu sendiri.

Pendek kata, utk mewujudkan suasana romantik dlm rumah tangga, kita dan pasangan kita bebas memperlihatkan atau melahirkan rasa cinta melalui apa cara pun, asalkan ia bakal membahagiakan pasangan kita dan memperlihatkan rasa kasih kita kepadanya. Caranya terpulang pada kesesuaian dan citarasa masing-masing.

Ada yang suka dengan cara bermanja-manja atau sentimental, tapi ada yang suka cara berterus-terang dan terus pada maksud (straight forward). Lain orang, lain cara dan gayanya. Asalkan batas syariat dan akhlak dijaga. Maruah dan kehormatan dipelihara.

"Dalam Islam perkataan romantik sebenarnya tidak wujud. Ini kerana perkataan romantik atau romance itu berasal dari perkataan Latin yang pada asalnya lebih banyak menceritakan kisah-kisah indah, alam fantasi dan juga fairy tales. Namun ia tetap boleh diserapkan sebagai melengkapkan lagi kehidupan kita mengikut konsep yang dianjurkan oleh Islam,



"Dalam Islam romantik lebih kepada satu daya cipta yang kita lahirkan melalui perlakuan-perlakuan yang menampakkan sebagai tanda kasihnya seseorang kepada temannya. Bagaimanapun, ramai di kalangan masyarakat kita yang tidak mengetahui konsep ini." Romantik dalam Islam terhad kepada pasangan yang sudah berkahwin sahaja iaitu mereka yang telah mempunyai hubungan yang halal.

"Inilah yang membezakan konsep romantik Islam dan konsep romantik Barat. Di Barat, mereka bebas melakukan apa sahaja tanpa apa-apa batasan. Sebaliknya dalam Islam, mereka perlu mempunyai tiket terlebih dahulu sebelum konsep romantik itu dapat dihayati sepenuhnya."

Menurutnya lagi, konsep romantik dalam Islam merupakan satu perkara yang kekal dan tetap iaitu hubungan yang terjalin itu akan terus membawa ke jinjang pelamin. Oleh itu, tidak wujud konsep cinta monyet, cinta suka-suka dan sebagainya. Ini kerana perhubungan sebegini hanya cenderung untuk memuaskan nafsu semata-mata dan tidak berkekalan.

Romantik Siti Khadijah

Mungkin kisah romantik paling agung ialah antara Rasulullah dan isterinya Siti Khadijah r.a. Ketika Rasulullah pulang ke rumah dengan mengalami keadaan yang luar biasa selepas menerima wahyu pertama, Siti Khadijah menyelimutinya. Siti Khadijah duduk di sebelah baginda dan meluahkan bait-bait kata yang lunak dan mententeramkan. Rasulullah tidak pula merahsiakan pengalamannya di Gua Hira' itu, tetapi bersikap terbuka menceritakan detik-detik mencemaskan yang dialaminya. Sikap terbuka dan tawaduk Rasulullah serta sifat keibuan Siti Khadijah telah melahirkan suasana yang boleh dianggap begitu romantik ketika itu. Tidak hairanlah Rasulullah masih tetap mengenang Siti Khadijah setelah Siti Khadijah lama pergi.

Romantik Sayidina Umar

Kadang-kadang rasa cinta dan sayang diperlihatkan dengan cara yang unik. Sayidina Umar al-Khattab, sewaktu dibebeli isterinya pada satu ketika, hanya membisu dan tidak membalas sepatah pun. Paling-paling beliau hanya tersenyum. Bila diselidiki oleh seorang sahabat, ternyata itulah cara Sayidina Umar menghargai layanan dan khidmat bakti isterinya yang begitu setia serta telah sekian lama bersusah payah menguruskan rumah tangganya. Diam beliau adalah diam tanda sayang. Itu merupakan romantik cara Sayidina Umar. Dibiarkannya isterinya membebel untuk meluahkan perasaannya. Bebelan isterinya juga adalah bebelan sayang, bukan marah-marah yang menjatuhkan maruah dan tidak sampai ke tahap derhaka pada suami.

0 comments: