BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Madah Mutiara

.

.

diaktifkan oleh Klik1Malaysia.com

Tuesday, October 26, 2010

Parlimen Mahasiswa

Parlimen Mahasiswa USM akan bersidang buat pertama kalinya di negara kita pada 23 Oktober 2010. Namun,telah diadakan ‘mock’ persidangan pada 25 September yang lalu dan membahaskan 10 usul. Parlimen Mahasiswa ini merupakan satu usaha mahasiswa dan pihak universiti untuk menyediakan satu platform yang terbaik bagi membenarkan mahasiswa menyampaikan segala pandangan, kritikan, tuntutan dan saluran idea kepada pihak universiti seterusnya kepada mahasiswa itu sendiri.

Parlimen Mahasiswa ini dianggotai oleh semua lapisan pimpinan mahasiswa iaitu Majlis Perwakilan Pelajar, persatuan-persatuan mahasiswa, persatuan kolej-kolej kediaman dan sekretariat-sekretariat mahasiswa. Idea penubuhan parlimen mahasiswa ini disambut baik oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato’ Saifuddin Abdullah.

Beliau juga telah menerima kerangka asas penubuhan Parlimen Mahasiswa daripada saya sendiri yang ketika itu menyandang jawatan Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar USM 2008/2009. Demikian adalah ringkasan penubuhan Parlimen Mahasiswa yang pertama di negara ini.

Secara hakikatnya, Parlimen Mahasiswa ini mempunyai beberapa prinsip utama yang mampu sedikit sebanyak melahirkan pemimpin mahasiswa yang bersifat holistik. Prinsip utama dalam Parlimen Mahasiswa adalah prinsip mahasiswa bersemuka dan bukan bermuka-muka.

Parlimen Mahasiswa ini dianggotai oleh tiga badan utama pimpinan mahasiswa, iaitu Majlis Perwakilan Pelajar, persatuan-persatuan mahasiswa dan persatuan kolej-kolej kediaman. Ketiga-tiga badan ini akan bersemuka untuk berbahas dan berbincang tentang isu-isu yang diketengahkan.

Perkara yang penting adalah mahasiswa akan bersemuka dan tidak bermuka-muka apabila sesuatu isu atau konflik berbangkit agar penyelesaian kepada isu tersebut dapat difikirkan secara bersama. Sebelum ini, jika kita lihat, ternyata wujudnya suatu kekangan atau halangan bagi mahasiswa daripada pelbagai badan pimpinan ini untuk bersemuka.

Oleh itu, dengan adanya platform Parlimen Mahasiswa ini, pimpinan mahasiswa daripada pelbagai penjuru akan dapat bersemuka dengan lebih tersusun dan terhormat.

Prinsip seterusnya adalah prinsip mahasiswa beridealisma dan berwibawa. Dalam perbahasan parlimen mahasiswa, pemimpin mahasiswa akan mewakili suara badan pimpinan masing-masing. Jika ada pertikaian atau kritikan terhadap badan pimpinan yang mereka wakili, mereka akan mempertahankan badan pimpinan mereka dengan hujah-hujah dan fakta-fakta yang dapat menyelamatkan mereka daripada fitnah atau kritikan yang tidak benar.

Secara tidak langsung, pemimpin mahasiswa sesuatu badan tersebut akan dapat menyampaikan usaha yang mereka telah lakukan kepada seluruh pimpinan mahasiswa universiti. Mudahnya, pemimpin persatuan-persatuan mahasiswa dapat melatih diri supaya menyampai dan mempertahankan idealisma mereka dalam berpersatuan.

Bukan semata-mata bekerja melaksanakan projek-projek tahunan persatuan dan akhirnya disambung oleh pimpinan yang akan datang.

Prinsip seterusnya adalah prinsip mahasiswa sepakat. Parlimen mahasiswa akan membincang dan membahaskan usul-usul yang berkaitan dengan kebajikan dan pembangunan pelajar. Disamping itu, isu-isu semasa turut boleh dibahaskan dalam perbahasan usul.

Selalunya, sesuatu cadangan atau bantahan yang hendak disampaikan kepada universiti akan dibawa oleh Majlis Perwakilan Pelajar, dan kadang-kala ada suara yang mengatakan bahawa cadangan Majlis Perwakilan Pelajar bersifat‘syok sendiri’ dan tidak ada perbincangan yang menyeluruh dengan mahasiswa sebelum cadangan atau bantahan itu dibawa kepada pihak universiti.

Namun, dengan adanya satu platform seperti Parlimen Mahasiswa, kita akan dapat memungut dan membahaskan suara-suara mahasiswa dengan menyeluruh jika terdapat cadangan usul atau bantahan yang dikemukakan. Selanjutnya Majlis Perwakilan Pelajar dapat menggunakan pandangan menyeluruh ini untuk dibawa dengan jelas kepada pihak universiti. Kaedah ini dapat meningkatkan lagi kesepakatan antara mahasiswa itu sendiri. Selanjutnya konsep daripada mahasiswa kepada mahasiswa akan dapat diaplikasikan.

Kesimpulannya, penubuhan Parlimen Mahasiswa adalah satu impian mahasiswa supaya suara mereka didengari oleh pihak universiti. Maka, pihak universiti perlu menyediakan satu platform yang diiktiraf oleh mereka sendiri demi mengumpul dan menyalurkan pandangan dan idea mahasiswa.

Prinsip-prinsip dalam hakikat penubuhan parlimen mahasiswa ini, dapat mendokong impian melahirkan pimpinan mahasiswa yang holistik. Bukan sahaja boleh memimpin persatuan tetapi boleh menjawab dan berbahas tentang apa yang dipimpinnya.

Sekarang ini, penubuhan Parlimen Mahasiswa sudah dimulai di Universiti Sains Malaysia. Semoga ianya dapat diteruskan oleh universiti-universiti lain juga.Walaupun terdapat banyak pihak pengurusan universiti yang tidak bersetuju akan penubuhannya kerana bimbang tidak mampu mengawal mahasiswa pada masa akan datang, namun pihak universiti perlu matang dan waras untuk melayani kehendak mahasiswa daripada bersuara.

Tunku Abdul Rahman pernah mencadangkan supaya satu atau dua kerusi diperuntukkan kepada mahasiswa dalam perbahasan di Parlimen negara. Artikel ini ditulis pada 30 Disember 1974, kira-kira 36 tahun dahulu. Cadangan ini jelas menunjukkan beliau sangat menghormati dan melayani mahasiswa sebagai orang dewasa dan bukannya seperti kanak-kanak yang sentiasa diragui

Penulis merupakan Ahli Perundangan Pelajar, Parlimen Mahasiswa UPM, dan mantan Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar USM 2008/09

Monday, May 31, 2010

perjuangan rakyat Palestin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah,syukur kita kehadratNya kerana limpah nikmat dan kurniaanNya,kita masih hidup dalam keadaan aman sentosa dibawah rahmatNya walaupun kita lihat dunia pada hari ini penuh dengan debu-debu dosa yang kian berterbangan di pelusuk dunia yang kian tiada sempadan.
Sebelum ini,saya hanya copy & paste tulisanyang saya rasa patut dikongsi bersama sahabat-sahabat semua.Untuk pengetahuan sahabat-sahabat saya,ini adalah tulisan pertama saya yang mana saya rasa saya patut kongsi bersama para sahabat sekelian.
Pada hari ini,31/5/2010,saya dikejutkan dengan satu berita yang cukup menyayat hati saya bila membaca berita di Malaysiakini yang bertajuk "12 Rakyat Malaysia Diserang Oleh Israel".Apa yang menyayatkan hati saya bukan disebabkan rakyat Malaysia yang terlibat dalam serangan ini,tapi kekejaman,kezaliman,kejahatan yang dilakukan oleh Israel laknatullah terhadap para sukarelawan yang ingin menghantar bantuan kepada penduduk Gaza yang semakin teraniaya tanpa bekalan makanan,minuman,ubat-ubatan yang mencukupi sejak sekian lama disiksa oleh Israel.Orang-orang yahudi memang tidak berperikemanusiaan sejak zaman para anbia sehingga sekarang.Memang patutlah tentera Nazi beriya-iya untuk membunuh orang-orang yahudi dek kerana kezaliman,kekejaman dan kejahatan orang-orang yahudi laknatullah.Sudah berpuluhan ribu rakyat Palestin terkorban di tangan Israel dalam memperjuangkan tanahair mereka daripada terus dirampas oleh Israel.Seorang demi seorang pemimpin rakyat Palestin terkorban.Luka lama masih belum terubat,muncul pula boneka Israel di kalangan rakyat Palestin yang menambah lagi derita rakyat Palestin.
Semoga Allah memberi taufik dan hidayahNya agar beliau tidak terus mengikuti jejak langkah musuh Allah dan mengkhianati perjuangan rakyat Palestin.
Wahai rakyat-rakyat Palestin,aku sebagai salah seorang saudaramu,aku memohon seribu kemaafan karana tidak mampu bersama kamu taktala kamu semua sentiasa dalam keadaan terjaga siang dan malam sedangkan aku mampu tidur lena,ketika kamu dalam kelaparan,aku berada dalam kekenyangan dan keselesaan,namun satu sahaja yang ingin aku igatimu,aku tidak pernah lupakan kamu semua.Setakat mana yang mampu aku bantu kamu,aku akan bantu walaupun dengan sepotong doa.Ingatkan pesanan sahabat nabi "dihadapan sana ada ramai musuh yang mempunyai kelengkapan peperangan,manakala di belakang kamu ada lautan yang kamu tidak mampu menyeberanginya.Pilihlah antara dua,kemenangan atau mati syahid"
Kepada seluruh rakyat Malaysia,sama-samalah kita bantu rakyat Palestin dengan menghulurkan bantuan kewangan,sepotong doa,dan yang paling penting, BOIKOT BARANGAN ISRAEL DAN AMERIKA SYARIKAT.Doakan agar bantuan kemanusiaan selamat sampai ke tangan rakyat Palestin dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mangsa yang terbunuh dalam serangan Israel dsn insyaallah,mereka tergolong dalam golongan para syuhada.

Sunday, May 23, 2010

saf solat

Bagaimana dengan saf solat kita setiap hari bila berjemaah, sebagai ma'mum~ أَقِيْمُوْا صُفُوفَكم وَتَرَاصُّوا فَإِنِّيْ أرَاكُم مِن وَرَاءِ ظَهْرِيْ

"Dirikanlah saf-saf kamu & rapatkan tumit-tumit di antara kamu. Sesungguhnya aku melihat kamu dari belakangku".

[1] [Hadis riwayat Bukhari (2/174) & Muslim (434), juga disebut di dalam Riyadus Soliheen (2/1088)., perintah nabi SAW pada setiap kali waktu solat kepada para makmum yg berada di belakangnya.]

"Allahu akbar", dengan penuh rasa kehinaan, rendah diri, takut & harap kepada Allah SWT… nabi SAW bertakbir memulakan solatnya sebagai imam di hadapan sekalian para sahabat RA.

Dalam keadaan saf yg rapat, bahu membahu, tumit bertumit .. semuanya khusu' menghadapkan wajah masing-masing di hadapan Allah Rabbul Jalil sambil mendengar nasihat, teguran, berita & kisah yang dibacakan oleh nabi SAW di dalam alQuran. Bergetar hati-hati mereka tatkala mendengar ayat al-Quran dibacakan kepada mereka …
1.

Mengapa nabi SAW memerintahkan agar makmum merapatkan saf?? … Kerana merapatkan saff di dalam solat merupakan salah satu dari kesempurnaan & kecantikan solat berjemaah. Nabi SAW telah bersabda:


سَوُّوا صُفُوفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلَاةِ

"Rapatkan saff-saff kamu. Sesungguhnya merapatkan saff merupakan sebahagian dari kesempurnaan solat".

[2] [Hadis riwayat Bukhori (3/150) & Muslim (2/427). Guru kami, Syeikh Dr. Mustapha al-Bugho menyatakan bahawa hadis ini merupakan satu tuntutan untuk merapatkan saf kerana ia menunjukkan kepada kecantikan dan kesempurnaan solat serta mempersatukan hati-hati mereka yg mendirikan solat.((Nuzhatul Muttaqin (2/51)))]


Sebagaimana kita dituntut utk melakukan yg terbaik di dalam urusan pekerjaan, di dalam perkara ibadah .. kita juga dituntut untuk melakukan yg demikian. Kita bukan malaikat yg sentiasa istiqamah imannya, bukan juga para anbia' yg sentiasa meningkat darjat keimanannya ... tetapi kita adalah insan biasa yg imannya ada pasang & surutnya serta turun & naiknya. Paginya beriman .. petangnya kufur. Petangnya pula beriman .. siangnya menjadi kufur. Menyedari hakikat ini, marilah kita menyempurnakan ibadah-ibadah kita .. supaya dgn kesempurnaan tersebut ia dpt menutup kelopongan-kelopong an yg ada di dalam amalan kita yg lain. Marilah kita berusaha ke arah itu dgn sebaiknya ....


Mengapa nabi SAW memerintahkan agar makmum merapatkan saf?

… kerana merapatkan saf dapat menyatukan hati-hati manusia. Kasih sayang & keprihatinan seseorang kpd orang lain boleh terhasil dari sentuhan-sentuhan mereka samada melalui bersalaman tangan, pelukan & ciuman mahabbah, juga saf di dalam solat. Ibu bapa menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak mereka melalui ciuman, dakapan & belain kasih mereka. Begitu juga halnya berlaku di antara suami & isteri.

Menunjukkan bahawa di sebalik sentuhan itu terdapat rahsia yg diciptakan oleh Allah SWT dalam membina keharmonian hidup berkasih sayang. Perintah merapatkan saf juga merupakan suatu petanda bahawa agama Islam begitu sekali menuntut agar kehidupan mereka didirikan atas semangat berjamaah (persaudaraan) , kesatuan (tidak berpecah belah) & mahabbah (kedamaian) … bukan kesombongan, bangga diri & bersendirian. Tidak kira siapapun dia, bagaimana kedudukan pangkatnya, warna kulitnya & bangsanya … saf perlu tetap dirapatkan.


كان رسولُ اللهِ (ص) يَتَخَلَّلُ الصَفَّ مِن ناحيةٍ إلى ناحيةٍ ، يَمْسَحُ صُدورَنَا ومَنَاكِبَنا ويقول: لا تَخْتَلِفُوا فَتَخْتَلِفُ قلوبُكم

"Rasulullah SAW berjalan di celah-celah (makmum) dari hujung ke hujung, (kemudian) baginda menyapu dada-dada & tumit-tumit kami, lalu berkata: Jangan kamu berpecah belah, akan berpecah belah hati-hati kamu"
[3] [ Riwayat Abu Daud (664) dengan sanad yg Hasan.]


Mengapa nabi SAW memerintahkan agar makmum merapatkan saf?

… kerana merapatkan saf dapat membantu memberi kekhusukkan ketika solat & menghalang dari dicelahi oleh syaitan. Ketika kita sedang 'mendirikan' solat, iblis akan menghantar syaitan-syaitan yg berpangkat 'captain' untuk mengganggu kita supaya kita leka & lalai. Akibat kelalaian & kelekaan kita ketika solat, titile dari 'mendirikan' solat akan turun kepada title 'menunaikan' solat ......

Sebagai perumpamaan, bukankah berbatang-batang mancis yg diikat sukar untuk dipatahkan jika hendak dibandingkan dgn hanya sebatang mancis yg berdiri sendirian? Begitulah keadaannya di dalam solat … kedudukan saf yg rapat memperkuatkan hati-hati kita, mengkhusukkan hati & permikiran kita serta menyukarkan syaitan untuk menodai kita. Tetapi ia tidak berlaku jika kita berjauhan & tidak mahu bahu membahu … dengan kuli syaitan pun kita boleh tertewas.


فَوَالذِيْ نَفْسِيْ بِيَدِهِ إِنِّيْ لَأَرَى الشَيْطانَ يَدْخُلُ مِنْ خَلَلِ الصَّفِّ كأنها الحَذَفُ

".. Demi yg diri aku berada di tangan-Nya, sesungguhnya aku benar-benar melihat syaitan masuk / mencelahi celah-celah saf seolah-seolah seperti al-hazafu".
[4] [Hadis Sahih riwayat Abu Daud (667) dengan sanad mengikut syarat Muslim. 'Al-Hazafu' adalah kambing hitam yg kecil yg berada di sebelah kanan.


~Inilah antara jawapan mengapa kita diperintahkan untuk merapatkan saf di dalam solat. Bukan sekadar makmum, imam juga dituntut agar memberikan peringatan tersebut sebelum solat dimulakan kerana ia merupakan sunnah yang ditunjukkan oleh nabi SAW pada setiap kali hendak memulakan solat .... WA


Kesilapan kita orang Melayu

Apa yg mendukacitakan … perkara ini tidak dititikberatkan oleh orang Melayu. Sepanjang penilitian Zunn berada bersama masyarakat Muslim Arab, seperti di UIA, Baitil Haram, Masjid an-Nabawi, Jami' Umawiyyah, Gami' al-Azhar & Jami'ah Yarmouk .. saya boleh membuat kesimpulan bahawa sikap ini hanya wujud di kalangan orang Melayu; orang yg sama warna kulit dengan Zunn, sama bahasa & rupa. Sikap ini tidak wujud pada bangsa saudara se-Islam saya yg lain.

Bahkan orang Arab, mereka sanggup menegur orang di sebelahnya jika tumitnya tidak selari dengan tumit orang pada safnya. Malah kadang-kadang ketika solat didirikan .. kalau ada kelopongan atau celahan, ia akan segera diisi oleh mereka atau mereka menarik orang di sebelah mereka supaya kembali merapatkan saf.

Namun hal ini jarang terdapat pada orang melayu (yang Zunn lihat sekarang). Mereka lebih selesa solat berjauhan.. tidak mahu bahu membahu, tumit bertumit. Semakin kita ingin rapat, semakin dia cuba menjauhkan diri. Sehingga jaraknya kadang-kadang boleh diisi oleh seorang budak. Kadang-kadang memang rasa nak tegur. Nak marah pun ada... Kalau macam itu la keadaannya, lebih baik solat seorang diri .. tidak perlu berjemaah.

Mungkin salah satu faktor mengapa kita susah untuk bersatu adalah disebabkan gagalnya kita merapatkan saf di dalam solat. Marilah kita membuat perubahan …. bersama Bahu Membahu


"Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh''. (as-SAff: 4)

~Rapatkanlah saff kerana kesempurnaannya ada di situ ..... Wallahu a'lam.

Rujukan:-

[1] Hadis riwayat Bukhari (2/174) & Muslim (434), juga disebut di dalam Riyadus Soliheen (2/1088).
.
[2] Hadis riwayat Bukhori (3/150) & Muslim (2/427). Guru kami, Syeikh Dr. Mustapha al-Bugho menyatakan bahawa hadis ini merupakan satu tuntutan untuk merapatkan saf kerana ia menunjukkan kepada kecantikan dan kesempurnaan solat serta mempersatukan hati-hati mereka yg mendirikan solat.((Nuzhatul Muttaqin (2/51)))

[3] Riwayat Abu Daud (664) dengan sanad yg Hasan.

[4] Hadis Sahih riwayat Abu Daud (667) dengan sanad mengikut syarat Muslim. 'Al-Hazafu' adalah kambing hitam yg kecil yg berada di sebelah kanan.

Saturday, May 1, 2010

Kesaksian Iblis

Edisi ini saya akan berbagi tentang suatu hadits yang luar biasa dahsyat maknanya. Saya yakin cukup dengan suatu hadist ini jika setiap kita membaca, menyelami dan mengamalkannya dengan baik insya Allah kita akam menjadi mukmin sejati. Tak perlu berpanjang, berikut kutipan lengkapnya :

Dari Muadz bin Jabal dari Ibu Abbas: Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, terdengar panggilan seorang dari luar rumah:” wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan membutuhkanku “Rasulullah bersabda.” Tahukah kalian siapa yang memanggil?” Kami menjawab: “Allah dan rasulNya yang lebih tahu”. Beliau melanjutkan, “itu iblis, laknat Allah bersamanya.” Umar bin Khattab berkata : “izinkan aku membunuhnya wahai Rasullulah”. Nabi menahannya: “Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, pahamilah apa hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik”.

Ibnu Abbas RA berkata: pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang kakek yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi. Iblis berkata: “Salam untukmu Muhammad. Salam untukmu para hadirin”, Rasulullah SAW lalu menjawab: “Salam hanya milik Allah SWT sebagai makhluk terlaknat, apa keperluanmu?”
Iblis menjawab: ” Wahai Muhammad, aku datang kesini bukan atas kemauanku, namun karena terpaksa”.
“Siapa yang memaksamu?”
“Seorang malaikat utusan Allah mendatanganiku dan berkata: Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin “.
“Oleh karena itu aku sekarang mendatanganimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh”.

*Orang yang dibenci Iblis*

Rasulullah SAW lalu bertannya kepada iblis: “Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?” iblis segera menjawab: “Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah makhluk Allah yang paling aku benci.”
“Siapa selanjutnya?” tanya Rasulullah
“Pemuda yang bertaqwa memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT.”
“Lalu Siapa lagi?”
“Orang alim dan wara’ (loyal)”
“Lalu siapa lagi?”
“Orang yang selalu bersuci.”
“Siapa lagi?”
“Seorang yang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain?”
“Apa tanda kesabarannya?”
“Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang – orang yang sabar”.
“Selanjutnya apa?”
“Orang yang bersyukur”
“Apa tanda kesukurannya ?”
“ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya”.
“Orang seperti Abu Bakar menurutmu?”
“Ia tidak menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam.”
“Umar bin Khattab ?”
“Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur.”
“Usman bin Affan?”
“Aku Malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya.”
“Ali bin Abi Thalib?”
“Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mau melakukan itu.” (Ali Abi Thalib selalu berdzikir terhadap Allah SWT).

* Amalan yang Dapat Menyakiti Iblis*

“Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak shalat ?”
“Aku merasa panas dingin dan gemetar,” “kenapa ?”
“Sebab, setiap seorang hamba abersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 derajat.”
“Jika seorang umatku berpuasa ?”
“Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka.”
“Jika ia berhaji ?”
“Aku seperti orang gila.”
“Jika ia membaca al – qur’an ?”
“Aku merasa meleleh laksana timah di atas api”
“Jika ia bersedekah”
“ Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji.”
“Mengapa bisa begitu ?”
“ Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya. Yaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya.”
“Apa yang dapat mematahkan pinggangmu ?”
“Suara kuda perang dijalan Allah.”
“Apa yang dapat melelehkan tubuhmu ?”
“Taubat orang bertaubat.”
“Apa yang dapat membakar hatimu?”
“Istighfar diwaktu siang dan malam.”
“Apa yang dapat mencoreng wajahmu ?”
“ Sedekah yang diam – diam.”
“ Apa yang dapat merusak wajahmu ?”
“ Shalat fajar.”
“ Apa yang dapat memukul kepalamu ?”
“Shalat berjama’ah.”
“ Apa yang paling mengganggumu ?”
“ Majelis para ulama.”
“ Bagaimana cara makanmu ?”
“ Dengan tangan kiri dan jariku .”
“ Dimanakah kau menaungi anak – anak mu dimusim panas ?”
“ Dibawah kuku manusia .”

* Manusia Yang Menjadi Teman Iblis*

Nabi lalu bertanya : “Siapa temanmu wahai Iblis ?”
“Pemakan riba”
“Siapa sahabatmu ?”
“ Pezina”
“ Siapa teman tidurmu “
“ Pemabuk. “
“ Siapa utusanmu ?”
“ Tukang sihir.”
“ Apa yang membuatmu gembira ?”
“ Bersumpah dengan cerai.”
“ Siapa kekasihmu?”
“ Orang yang meninggalkan shalat jum’at.”
“ Siapa manusia yang paling membahagiakanmu ?”
“ Orang yang meninggalkan shalatnya dengan sengaja.”

*Iblis Tidak Berdaya Dihadapan Orang yang Ikhlas*

Rasullullah SAW lalu bersabda :”Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu”.
“Iblis segera menimpali : “ tidak. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau bisa berbahagia dengan umatmu, sementara aku bisa masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak bisa melihatku. Demi yang menciptakan diriku dan memberikanku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang bisa membaca dan tidak bisa membaca, yang durjana dan yang saleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas.”
“Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?”
“Tidaklah kau tahu wahai Muhammad, bahwa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat orang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku bisa pastikan bahwa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku. “

*Iblis dibantu oleh 70.000 anak – anaknya*

Tahukah kamu Muhammad, bahwa aku mempunyai 70.000 anak dan setiap anak memilki 70.000 syaitan. Sebagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebagian untuk mengganggu anak – anak muda, sebagian untuk mengganggu orang tua sebagian untuk menggunggu wanita tua, sebagian anakku juga aku tugaskan kepada para zahid. Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada shalat berjama’ah. Tanpanya manusia tidak akan mengantuk pada waktu shalat berjama’ah.

Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu dimata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur hingga pahalanya terhapus.
Aku punya anak yang senang berada dilidah manusia. Jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia beberkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.
Pada setiap seseorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk dipinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.
Syaitan juga berkata ,”Keluarkan tanganmu”, lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya. Mereka, anak –anakku selalu menyusup dan berubah ke satu kondisi ke kondisi lainnya, dari satu pintu ke pintu lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.
Akhirnya mereka menyembah allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.
Tahukah kamu, Muhammad ? Bahwa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya sembuh seketika. Aku terus meggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.

*Cara Iblis Menggoda*

Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?
Akulah mahluk pertama yang berdusta. Pendusta adalah sahabatku. Barang siapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku. Tahukah kau Muhammad? Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa derngan nama Allah bahwa aku benar-benar menasihatinya. Sumpah dusta adalah kegemaranku. Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku. Kesaksian palsu kegembiraanku. Orang yang bersumpah untuk menceraikan istrinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata-kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak-anak zina dan ia masuk neraka hanya karena satu kalimat, Cerai.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka mengulur – ngulur shalat, Setiap ia hendak berdiri untuk shalat, aku bisikkan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia menundanya hingga ia melaksanakan shalat di luar waktu, maka shalat itu dipukulkannya ke mukanya.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia shalat. Namun aku bisikkan ke telinganya lihat kiri dan kananmu, ia pun menoleh. Pada saat itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku ucapkan ‘salatmu tidak sah’. Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam shalatnya akan dipukul.
Jika ia shalat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. I apun shalat seperti ayam yang mematuk beras.
Jika ia berhasil mengalahkanku dan ia shalat berjama’ah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga ia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkan sebelum iamam. Kamu tahu bahwa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keledai.
Jika ia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga ia menguap dalam shalat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia. dan ia pun semakin taat padaku.
Kebahagiaan apa untukmu, sedangfkan aku amemerintahkan orang miskin agar meninggalkan shalat. Aku katakan padanya, “Kamu tidak wajib shalat, shalat hanya wajib untuk orang yang berkecukupan dan sehat. Orang sakit dan miskin tidak. Jika kehidupanmu telah berubah baru kau shalat.

Ia pun mati dalamkekafiran. Jika ia mati sambil meninggalkan shalat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan. Wahai Muhammad, apakh engkau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari Islam ?”

*10 Permintaan Iblis Kepada Allah SWT*

“Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?”
“10 macam”
“ Apa saja?”
“Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan. Allah berfirman, “Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji setan kecuali tipuan”(Qs Al Isra :64).
Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga dari makanan haram dan bercampur dengan riba. Aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.
Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan istrinya tanpa berlindung dengan Allah. Maka setan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.
Aku minta agar bersama dengan orang yang menaiki kendaraan bukan untuk tujuan yang halal. Aku minta agar Allah menjadikan kamar mandi sebagai rumahku. Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku. Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku. Aku minta agar Allah memberikan saudaraku, maka ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku. Allah berfirman, “ Orang – orang boros adalah saudara – saudara syaitan. “(Qs. Al – Isra:27).
Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku bisa melihat manusia sementara mereka tidak bisa melihatku. Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia. Allah menjawab, “silakan”, aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.

Iblis berkata : “ Wahai Muhammad, aku tak bisa meyesatkan orang sedikitpun, aku hanya bisa membisikkan dan menggoda,”
Jika aku bisa menyesatkan, tak akan tersisa seorang pun. Sebagaimana dirimu, kamu tidak bisa memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya Rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau bisa memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun dimuka bumi ini. Kau hanya bisa menjadi penyebab untuk orang telah ditentukan sengsara. Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak diperut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat : “Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT” (QS Hud : 118 – 119). Juga membaca, “Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku: (Qs Al-Ahzab :38). Iblis lalu berkata : “Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para Nabi dan Rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk – makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. Aku si celaka yang terusir. Ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong.”

Sumber : Kitab Sajaratul Kaun oleh Muhyidin Ibnu Arabi /Darul ‘Ilmi al – Munawar asy-Syamsiyah, Madinah.

( Ulama wara berkata : Berbuat baiklah sekuat tenagamu untuk mencapai SYURGA,dan janganlah engkau Menyandarkan terlebih dahulu kepada TAKDIR ).

Saturday, April 24, 2010

Ya Tuhan

Saturday, April 17, 2010

Jangan Dekati Zina

kami tidak mahu jadi pengampu. kami tidak mahu jadi "al-muttayyibin" ataupun orang baik-baik yang tidak 'kacau' orang lain walaupun apa yang mereka perbuat. tidak pernah ada satupun ayat al-Quran perkataan "amar makruf wa nahi munkar" yang tidak ada perkataan "wa" bermaksud DAN.

perkataan DAN digunakan untuk menunjukkan menyuruh perkara baik mestilah berjalan serentak dengan melarang perkara mungkar. mana-mana golongan yang hanya menyuruh orang berbuat baik tetapi tidak pernah melarang orang membuat mungkar, mereka adalah golongan yang cacat dalam dakwah. antara sebab kerosakan orang yahudi pada masa lampau adalah kerana golongan agama mereka menyuruh berbuat baik tetapi tidak melarang orang berbuat mungkar.

MENGAPA PERLU TERLALU KERAS DALAM HAL BERDUA-DUAAN?

Allah s.w.t. adalah Tuhan yang Maha Bijaksana. perkataan "Jangan mendekati zina" adalah perkataan yang sangat tepat. kerana tidak akan berlaku zina sebelum mendekatinya terlebih dahulu. di sini diberikan analogi bagaimana zina boleh berlaku:

bertentang mata > tegur menegur > berbual mesra > bersms dan bergayut > ajak keluar shopping > berdua-duaan di tempat awam > berdua-duaan dalam kereta > bersentuhan > berciuman > BERZINA.

sahabat sudah berada di peringkat mana?

Allah ta'ala Maha Mengetahui bahawa jika ingin dielakkan zina, perkara terawal yang menjurus kepadanya mesti dihalang. jika tidak berzina tidak dapat dielakkan lagi. sebab itu selalu ramai remaja yang berkhalwat dewasa ini. kerana masyarakat sudah mengambil ringan hal-hal seperti dating, bergayut, shopping bersama, berduaan dalam kereta dan lain-lain. gejala zina tidak akan dapat dibenteras sekiranya perkara yang mendekatkan kepada zina tidak dihalang. sesiapa sekalipun yang pernah berzina, pada awalnya mereka berkata "nak berkenalan aje.."

KUALA LUMPUR: Pekerja kilang, pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan sekolah menengah kini berada di dalam kelompok utama tangkapan khalwat jabatan agama Islam di negara ini. Di Pulau Pinang, rekod Jabatan Agama Islam negeri itu menunjukkan pekerja kilang paling ramai ditangkap kerana berkhalwat sepanjang tahun lalu iaitu 187 daripada 630 kes manakala pelajar IPT dan sekolah menengah berada pada kedudukan kelima dengan 44 kes. Paling mengejutkan sepanjang tahun lalu kami menahan 10 pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun kerana berkhalwat,kata Ketua Unit Penguat Kkuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp), Faizal Ibrahim.
Di Johor, daripada 4,618 kes kesalahan syariah termasuk berkhalwat yang dikendalikan Jabatan Agama Johor (JAJ) sepanjang Januari hingga November lalu, 1,179 membabitkan pekerja kilang, diikuti ˜lain-lain pekerjaan iaitu seramai 1,064. Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan JAJ, Yosree Ikhsan, berkata jumlah tangkapan khalwat membabitkan pelajar pula seramai 282 orang. Biarpun angka ini agak rendah berbanding golongan lain iaitu penganggur (972), pekerja swasta (824) dan kakitangankerajaan (297), ia perkembangan membimbangkan kerana golongan pelajar ini masih muda dan mereka tidak sepatutnya terbabit dalam aktiviti negatif,katanya.
Di Selangor, berdasarkan perangkaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), kakitangan swasta termasuk pekerja kilang diikuti pelajar sekolah, IPT dan kolej swasta serta penganggur mengungguli tiga carta teratas maksiat sejak 2002 hingga 2004. Pegawai Perhubungan Awam Jais, Fakhrul Azam Yahya, berkata jabatan itu mengendalikan 3,782 kes maksiat termasuk khalwat pada 2002 dan meningkat kepada 3,992 (2003) dan 3,998 (2004). Melihat kepada perangkaan tangkapan khalwat sejak 2002, tidak dinafikan pekerja swasta terutama kilang, pelajar dan penganggur berada di tiga kelompok teratas yang ditahan, katanya. Ini terbukti apabila pada 2002, seramai 3,607 kakitangan swasta termasuk pekerja kilang ditangkap diikuti 1,201 (penganggur) dan 1,072 (pelajar).
Carta itu berubah pada 2003 apabila pelajar mengambil alih tempat kedua dengan jumlah tangkapan seramai 2,113 orang manakala penganggur hanya 1,398 orang. Bagaimanapun, pekerja swasta masih di tempat teratas dengan tangkapan berjumlah 3,205 orang. Pada 2004 pula, kakitangan swasta terus kekal teratas dengan tangkapan berjumlah 3,491 orang diikuti pelajar (1,957) dan penganggur (1,525).
Di Kedahh, seramai 776 orang dicekup berkhalwat sejak Januari hingga November lalu di empat daerah terbesar dan termaju di negeri itu, masing-masing di Kota Star, Kuala Muda, Langkawi dan Kulim. Ketua Operasi Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Mohd Nasir Md Dali, berkata dalam tempoh itu, pekerja kilang adalah yang paling ramai ditangkap iaitu 300 orang diikuti golongan pelajar sekolah semuda 14 tahun sehingga di IPT yang berusia 25 tahun yang berjumlah 200 orang. Kebanyakan mereka ditahan di hotel murah sekitar empat daerah berkenaan. Bagi pekerja kilang dan pelajar IPT, mereka mengambil kesempatan berjauhan daripada keluarga untuk berbuat sesuka hati. Kami juga mengesan pelajar sekolah yang menipu keluarga dengan berpura-pura tidur di rumah rakan sebelum ke hotel untuk bermadu kasih bersama pasangan mereka, katanya.
Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pelajar dan penuntut IPT turut dikenal pasti antara golongan tertinggi daripada sejumlah 3,171 yang ditangkap berkhalwat dari 2000 hingga September lalu. Penolong Pengarah Rekod dan Maklumat Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Damithah Iberahim, berkata kebanyakan mereka ditangkap di rumah kediaman seperti rumah sewa dan hotel sederhana mewah. Kita bertindak atas maklumat orang ramai. Biasanya pelajar ini tinggal di rumah sewa seperti di taman-taman perumahan selain hotel murah sama ada di dalam bandar atau luar bandar. Selain golongan itu, orang dewasa daripada pelbagai kerjaya juga antara golongan yang dikesan paling ramai melakukan khalwat,katanya.
Di Kelantan, pergaulan bebas di kalangan remaja menyebabkan mereka dikesan tidak segan berpelukan di khalayak ramai, bercumbuan dalam kereta serta membawa teman wanita ke bilik hotel atau rumah untuk melakukan maksiat. Ini terbukti apabila Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) berjaya mengesan 368 kes khalwat hasil daripada operasi cegah maksiat dari Januari hingga November lalu dengan sebahagian besarnya membabitkan golongan pelajar belasan tahun dan awal 20-an. Pengarah JHEAIK, Datuk Ismail Latif, berkata pihaknya mengesan kebanyakan `lubuk maksiat' remaja itu adalah sekitar tepi pagar Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), kawasan perindustrian Padang Tembak di Pengkalan Chepa dan hotel murah sekitar bandar Kota Bharu. Menurutnya, beberapa kawasan perkelahan termasuk air terjun, kawasan letak kereta yang tersembunyi dan gelap turut menjadi tumpuan pasangan remaja melakukan perkara terkutuk itu.
Di Perak pula sebanyak 460 kes tangkapan khalwat sepanjang tahun ini sehingga 30 Disember lalu yang mana menunjukkan penurunan berbanding 528 kes khalwat sepanjang 2004. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-undang Syarie Jabatan Agama Islam Perak (Jaip), Zakaria Abd Razak, berkata sebahagian besar kes khalwat itu membabitkan golongan remaja dan belia berusia antara 18 hingga 35 tahun. Katanya, daripada segi kategori pula, golongan pekerja kilang adalah penyumbang terbesar bagi kes khalwat di negeri ini berbanding golongan seperti anggota pasukan beruniform, kakitangan kerajaan atau swasta yang lain selain pelajar.
Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (Jains) pula melakukan 346 tangkapan mengikut Seksyen 61(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana berkhalwat selain Seksyen 75(1) hamil luar nikah (30). Jurucakap jabatan itu berkata, kebanyakan kes dikesan di kawasan perumahan di beberapa bandar utama di negeri ini seperti di Seremban, Jempol, Bahau dan Nilai dengan pekerja kilang dan pelajar adalah jumlah yang tertinggi. Adalah sesuatu yang menyedihkan apabila hasil daripada operasi yang dijalankan itu, kita (Jains) mendapati masalah sosial di kalangan remaja semakin serius apabila kerap ditangkap kerana berkhalwat dan menonton filem lucah.
Sementara itu, statistik Kementerian Pendidikan Tinggi pula menunjukkan seramai 1,710 pelajar IPT awam dikenakan tindakan mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sepanjang tahun 2000 hingga pertengahan tahun lalu kerana pelbagai kesalahan undang-undang termasuk berkhalwat. Perkara itu didedahkan Menteri Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Shafie Mohd Salleh, di Dewan Negara, baru-baru ini.
http://pasbukitbendera.com/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=196

kita terlalu mengikut masyarakat dalam melakukan sesuatu. jika orang ramai lakukannya, maka ia baik bagi kita.

firman Allah yang bermaksud: "Jika kamu mengikuti kebanyakan orang di bumi, mereka akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah; mereka mengikuti hanya sangkaan, semata-mata dugaan." (al-an'am:116)

sokonglah kempen menjauhi zina ini dengan download poster ini dan sebarkan. moga usaha sahabat diberkati Allah.

Valentine's Day

Sambutan 14 Februari sebenarnya banyak berkaitan amalan ritual penganut Kristian

TIBANYA 14 Februari tidak lengkap tanpa peringatan supaya umat Islam tidak menyambut Hari Kekasih atau Valentine’s Day yang sudah menjadi sebahagian budaya masyarakat khususnya generasi muda sekarang.

Ada berpendapat usah dibangkitkan isu itu kerana hanya akan menjadi pencetus kepada amalan bercanggah dengan syariat Islam. Namun, ada baiknya dibincangkan perkara ini sebagai peringatan kepada mereka yang sudah memasang niat untuk meraikannya.

Malah, ia sebagai penjelasan kerana ada yang cuba menghalalkan sambutan Hari Kekasih ini supaya perancangan meraikannya tidak dipandang serong dengan pendapat, ia adalah hari untuk menterjemahkan perasaan kasih sayang bukan saja kepada kekasih, malah juga keluarga serta sahabat handai.

Hakikatnya, apa juga alasan diberikan untuk membolehkan Hari Kekasih disambut terutama oleh golongan muda Islam, Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan bahawa amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:

“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam.”

Buku Elak Sambut Valentine’s Day terbitan JAKIM membincangkan secara lanjut alasan mengapa umat Islam dinasihatkan supaya tidak meraikan hari yang mengambil sempena nama paderi besar Kristian Saint Valentine.

Berdasarkan fakta dalam buku itu, bagi merungkaikan isu kenapa umat Islam perlu elak menyambut Hari Kekasih, ialah dengan mendalami dan memahami apakah maksud Valentine itu sendiri serta asal usul ia menjadi sebuah perayaan.

Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud: kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology dand History of First Name).

Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri.

Justeru, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan itu dengan dinamakan hari Valentine.

Ada tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine. Pertama, Hari Valentine bermula ketika pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti orang Juno, ratu kepada dewa dan dewi Rom.

Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisional masyarakat Rom iaitu mana pada malam pesta berkenaan, nama gadis Rom ditulis atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 masihi, St Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270 masihi). Pada waktu itu Raja Claudius membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terbabit dalam peperangan.

Menyedari hakikat itu, St Valentine dan St Marius mengahwinkan orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan itu, St Valentine ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari tahun 270 masihi.

Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St Valentine sebagai upacara keagamaan.

Pendapat ketiga pula menyatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope.

Apabila St Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal Protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St Valentine adalah paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.

Tindakan St Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St Valentine sendiri.

Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine adalah perayaan keagamaan yang disambut orang Kristian. Malah jika merujuk kepada kenyataan pihak Kristian hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual dalam agama Kristian.

Laman web Spiritrestoration.org : The Premier, Ecumenical Christian Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah tajuk Pengertian Hari-Hari Suci Keagamaan – indeks Saint Valentine’s Day menyebut: Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian. St Valentine adalah syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di Amerika Syarikat sebagai perayaan cinta di zaman sekular.

Termaktub dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa juga versi berkenaan dengan St Valentine, kesemua mereka dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut: ’sekurang-kurangnya ada tiga orang St Valentine yang berbeza, semua mereka adalah syahid, ia disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.’

Berdasarkan fakta itu, jelas sekali Hari Valentine adalah perayaan yang menjadi amalan ritual agama Kristian. Ini sekali gus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih lagi dalam soal membabitkan akidah Islam.

Islam sangat prihatin serta menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti tersendiri dan berbeza dengan umat lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain.

Dalam erti kata lain, umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan amalan ibadat agamanya dengan akidah dan ibadat agama lain.

Firman Allah yang bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah al-Kafirun, ayat 1-6)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal bersifat individu seperti dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan yang dikhuatiri bercanggah dengan identiti dan syariat Islam.

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

sumber:http://warkahseharumcinta.blogspot.com/2010/02/sambutan-14-februari-sebenarnya-banyak.html(myblog)

Apa Yang Lelaki Perlu Tahu......

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri dari mu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai seorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungi mu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda apa pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan beradah di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Betul ke??????

Bila Aku Jatuh Cinta......

Bila Aku Jatuh Cinta

Ya Allah...
Aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh hati
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya Engkau

Ya Allah...
Aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu
yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh
Ya Allah...
Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati
Pilihkan untukku seorang yang hatinya
penuh dengan kasih dan cinta-Mu
Dan membuatku makin menganggumi-Mu

Ya Allah...
Bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami,
Jodohkanlah kami,
Satukanlah kami,
Berilah kami kesempatan untuk lebih
mendekati cinta-Mu,
Dalam suasana yang sakinah, mawaddah dan rahmah

Ya Allah..
Pintaku terakhir adalah seandainya kujatuh hati
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
Izinkanlah aku untuk menemui kerinduan-Mu

Cinta Menurut Syariat

Kata-kata yang mampu diucapkan untuk menggambarkan rasa cinta dan sayang terlalu sedikit, ibarat setitis embun di hujung daun.
Demikianlah halnya dalam soal cinta dan kasih sayang antara suami isteri. Selain dari luahan kata-kata, perlu ada cara-cara lain yang tiada hadnya untuk mewujudkan suasana yang mampu menyiram pepohon cinta dan sayang agar terus subur.
Di sinilah perlunya diwujudkan suasana romantik. Romantik, menurut yang diistilahkan dalam kamus ialah, "memperlihatkan suasana penuh kasih sayang, keindahan, kemesraan..." Ia berasal dari kata 'romance' yang bererti "hubungan cinta" atau "percintaan". Ini bererti romantik berkait rapat dengan cinta iaitu sesuatu yang amat penting dalam menjalin hubungan erat suami isteri sepanjang usia perkahwinan. Suasana romantik wujud kerana wujudnya rasa cinta ini.
Bila rasa cinta dan sayang antara suami isteri diperlihatkan dalam bentuk kata-kata, sikap dan tingkah laku dalam kehidupan sehari-hari, tercetuslah suasana romantik. Bermakna persoalan romantik akan tetap relevan dan menjadi satu keperluan kepada pasangan sepanjang menjalin perkongsian hidup bersama.
Allah berfirman yang maksudnya,
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari dirimu sendiri, supaya tenteramlah kamu kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa cinta dan sayang..."
(Ar-Rum: 21)
Dari ayat ini fahamlah kita bahawa rasa cinta dan sayang adalah pemberian Allah yang amat besar nilainya kepada pasangan suami isteri. Bagaimana rasa cinta dan sayang ini diperlihatkan terhadap satu sama lain, di situlah lahirnya suasana yang dikatakan romantik. Suami isteri yang dapat mewujudkan suasana seperti ini boleh dianggap bersifat romantik.

Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. menyebut yang maksudnya,
"Kiranya seseorang itu menyintai saudaranya maka hendaklah diberitahukan kepadanya." (Abu Daud, Termizi dan Hakim)

Maksud hadis ini, jika kita menyenangi seseorang jangan kita hanya menyimpan di hati, tapi luahkanlah rasa senang itu kepadanya. Ini boleh dikiaskan pada hubungan suami isteri. Oleh kerana hubungan yang unik antara dua insan ini sudah sedia diikat oleh cinta dan sayang, maka wajarlah rasa cinta-menyintai itu diucapkan. Kalaupun tidak dengan kata-kata, hendaklah dengan sikap dan tingkah laku. Ertinya, suami isteri hendaklah bersikap romantik terhadap satu sama lain.

Suasana romantik boleh menjadi penawar pada hubungan suami isteri bila sekali-sekala dilanda badai dugaan dan cubaan. Sedangkan lidah lagi tergigit. Maka tatkala dilanda badai, di situ juga cinta dan sayang teruji serta menagih bukti. Salah satu pihak mesti mula mengorak langkah (make the first move).

Jika satu pihak sedang marah, satu pihak lagi mesti tenang (cool down) dan diam. Api kemarahan yang sedang menyala tidak boleh dilawan dengan api kemarahan juga, tapi perlu disiram dengan air kesabaran. Oleh itu, kadang-kadang romantik boleh diperlihatkan dengan cara diam dan membisu, bila dengan bersuara dirasakan akan memburukkan hubungan.
Suasana penuh kasih sayang dan kemesraan boleh wujud, umpamanya, dengan hanya sekadar si isteri memberi sedikit ciuman di pipi suami yang hendak keluar bekerja, atau suami mencium dahi isteri sebelum melangkah keluar rumah. Kadang-kadang ia hanya perlu dilahirkan dengan suami membawa pulang sedikit ole-ole dari tugasan luar daerah, atau isteri membekalkan suami haruman daun pandan yang diracik halus ketika suami hendak keluar bertugas. Ataupun dengan cara suami isteri keluar berduaan ke halaman pada larut malam ketika anak-anak telah lena.

Rasulullah s.a.w. ada memberi panduan dengan kata-katanya yang bermaksud,
"Beri-memberilah sesama kamu, nescaya akan saling cinta-menyintai antara kamu."

(Riwayat al-Baihaqi)


Pemberian suami kepada isteri, atau isteri kpd suami mungkin berupa pakaian, makanan, barang cenderamata dan sebagainya. Tapi bukan mahal atau murah, kecil atau besar pemberian itu yang akan menjalin erat rasa kasih dan sayang, sebaliknya tanda ingatan dan tanda sayang yang terpancar pada pemberian itu sendiri.

Pendek kata, utk mewujudkan suasana romantik dlm rumah tangga, kita dan pasangan kita bebas memperlihatkan atau melahirkan rasa cinta melalui apa cara pun, asalkan ia bakal membahagiakan pasangan kita dan memperlihatkan rasa kasih kita kepadanya. Caranya terpulang pada kesesuaian dan citarasa masing-masing.

Ada yang suka dengan cara bermanja-manja atau sentimental, tapi ada yang suka cara berterus-terang dan terus pada maksud (straight forward). Lain orang, lain cara dan gayanya. Asalkan batas syariat dan akhlak dijaga. Maruah dan kehormatan dipelihara.

"Dalam Islam perkataan romantik sebenarnya tidak wujud. Ini kerana perkataan romantik atau romance itu berasal dari perkataan Latin yang pada asalnya lebih banyak menceritakan kisah-kisah indah, alam fantasi dan juga fairy tales. Namun ia tetap boleh diserapkan sebagai melengkapkan lagi kehidupan kita mengikut konsep yang dianjurkan oleh Islam,



"Dalam Islam romantik lebih kepada satu daya cipta yang kita lahirkan melalui perlakuan-perlakuan yang menampakkan sebagai tanda kasihnya seseorang kepada temannya. Bagaimanapun, ramai di kalangan masyarakat kita yang tidak mengetahui konsep ini." Romantik dalam Islam terhad kepada pasangan yang sudah berkahwin sahaja iaitu mereka yang telah mempunyai hubungan yang halal.

"Inilah yang membezakan konsep romantik Islam dan konsep romantik Barat. Di Barat, mereka bebas melakukan apa sahaja tanpa apa-apa batasan. Sebaliknya dalam Islam, mereka perlu mempunyai tiket terlebih dahulu sebelum konsep romantik itu dapat dihayati sepenuhnya."

Menurutnya lagi, konsep romantik dalam Islam merupakan satu perkara yang kekal dan tetap iaitu hubungan yang terjalin itu akan terus membawa ke jinjang pelamin. Oleh itu, tidak wujud konsep cinta monyet, cinta suka-suka dan sebagainya. Ini kerana perhubungan sebegini hanya cenderung untuk memuaskan nafsu semata-mata dan tidak berkekalan.

Romantik Siti Khadijah

Mungkin kisah romantik paling agung ialah antara Rasulullah dan isterinya Siti Khadijah r.a. Ketika Rasulullah pulang ke rumah dengan mengalami keadaan yang luar biasa selepas menerima wahyu pertama, Siti Khadijah menyelimutinya. Siti Khadijah duduk di sebelah baginda dan meluahkan bait-bait kata yang lunak dan mententeramkan. Rasulullah tidak pula merahsiakan pengalamannya di Gua Hira' itu, tetapi bersikap terbuka menceritakan detik-detik mencemaskan yang dialaminya. Sikap terbuka dan tawaduk Rasulullah serta sifat keibuan Siti Khadijah telah melahirkan suasana yang boleh dianggap begitu romantik ketika itu. Tidak hairanlah Rasulullah masih tetap mengenang Siti Khadijah setelah Siti Khadijah lama pergi.

Romantik Sayidina Umar

Kadang-kadang rasa cinta dan sayang diperlihatkan dengan cara yang unik. Sayidina Umar al-Khattab, sewaktu dibebeli isterinya pada satu ketika, hanya membisu dan tidak membalas sepatah pun. Paling-paling beliau hanya tersenyum. Bila diselidiki oleh seorang sahabat, ternyata itulah cara Sayidina Umar menghargai layanan dan khidmat bakti isterinya yang begitu setia serta telah sekian lama bersusah payah menguruskan rumah tangganya. Diam beliau adalah diam tanda sayang. Itu merupakan romantik cara Sayidina Umar. Dibiarkannya isterinya membebel untuk meluahkan perasaannya. Bebelan isterinya juga adalah bebelan sayang, bukan marah-marah yang menjatuhkan maruah dan tidak sampai ke tahap derhaka pada suami.

Surat Adam Untuk Hawa

Wahai sahabat Muslimat Sekalian,

Renung-renungkanlah intipati daripada surat Adam kepada Hawa ini, Ketahuilah olehmu wahai Bunga-bunga Islam,kita adalah sayap kiri pada mereka(kaum muslimin). Sedih rasanya jika teguran baik yang mereka berikan kita tak ambil kisah. Bukankah ia juga untuk kebaikan bersama.Fikirkanlah wahai sahabat-sahabatku……

SURAT ADAM UNTUK HAWA

Dengan nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang………..
Didoakan semoga kalian berada dibawah lembayung rahmat dan keredhaan Allah swt….

Hawa....

Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu,jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa, kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok,lantas kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,kugagahi jua diri ini....

Hawa....
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah swt dalm urusan-Nya. Bayangkanlah Hawa...sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan....

Hawa....
Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda disaat ini. Tapi permintaanku,duhai Hawa...cubalah ! Renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah...Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu kini, kian berubah..

Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu adalah umpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata. Duri-duri yang melingkarimu itulah hijab yang digariskan oleh Allah swt sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita. Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah kepada kami,kaum ajnabimu?

Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja,bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah ,bukan sebaik dulu lagi. Langkahmu kian pantas. Apa sebenarnya yang engkau kejari?. Aku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain, bersama hayunan langkah itu, suaramu kian meninggi,diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini...

Sedarkah kau Hawa.....?
Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah?
Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu

Hawa....
Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai? Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu, kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang mana sesederhana yang mungkin! Cukup untukku merasakan kehadiranmu disaat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai.

Fahamilah Hawa,usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaumku ini....

Hawa....
Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan. Aku tidak mahu Hawa..Suatu hari nanti, di negeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat, apa tidaknya.Seurat rambutmu yang keluar, ular menanti dimana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan ...aduh!! Banyaknya seksaan menantimu!...

Mengapa begitu Hawa? Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!!

Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja?

Hawa...
Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri?
Di sini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian. Tetapi jauh nun diluar sana ,tersentak diriku tatkala dirimu telah jauh berbeza! Tudung ke mana,jilbab ke mana? Apatah lagi tingkah lakumu..! Dimana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah? Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini!

Hawa....
Tutupilah auratmu, jagalah dirimu ,bertuturlah dengan suara yang lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu.

Jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu..tapi ingatlah ,cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan ,namun bukan kakimu,rambutmu,dan jua tubuhmu.....

Firman Allah swt:

“Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman,hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya...”

Hawa....
Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama ini di sini dulu...

Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yang pasti aku tetap terus membimbingmu. Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan moga Allah swt membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan....Akhir kata ,ketahuilah.............

“DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN
DAN
SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH”

Jalan........

Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan

Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa

Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku

Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku di jalan ini

Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa

Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu.

Dari Sahabat Khas Buat Sahabat

Bismillahirrahmanirrahim..
Teman,
Atas tautan ukhwah
Juga atas satu dasar yang kukuh
Nan Aqidah Muslim,
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..

Wahai temanku an nisa
Engkau sedia maklum,
Engkaulah hiasan dunia,
Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu..

Wahai temanku ar-rijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
Yang seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah temanmu yang diimpi,
Seorang serikandi..

Wahai temanku an-nisa
Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi,
ingin dimanjai,
Engkau juga ingin menyayangi
juga ingin memanjai..
Dan aku juga tahu,
Temanmu ar-rijal juga begitu..

Tetapi temanku an-nisa
Ketahuilah engkau,
Bercinta itu fitrah,
Tetapi janganlah engkau cemarkannya dengan fitnah.
Kalau benar engkau mengasihinya,
kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah,
Dan jika engkau benar mengasihinya
KeranaNya,
Engkau tak kan bisa,
Melunakkan soutul engkau,
Engkau tidak kan bisa,
Melemparkan panahan menggodamu,
Kerana engkau tahu,
Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!
Dan engkau mengetahui,
Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa beraja,
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,
Nafsu raja yang menggila!

Kerana engkau tahu sahabatku an nisa
Dia kan terjerumus ke dalam api yang membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila..
Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?

Wahai temanku ar-rijal
Andai engkau mencintainya,
Cintailah ia keranaNya,
Letakkan lah Ia melebihi cintamu kepada dia,
Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa,
Mengajaknya bermukah di taman sepi,
Kerana engkau tahu,
Dia punya 9 nafsu, 1 akal,
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?

Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa menyentuhnya
Walaupun yang ringan-ringan,
Kerana engkau tahu,
Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!
Dan engkau tahu bukan ?
Zina tempatnya di api yang menjunam?
Apakah engkau benar mengasihinya,
Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?

Sahabatku an-nisa
Sahabatku ar-rijal
Aku mengasihimu LILLAH,
Lantaran itu,
Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,
Manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tak salah,
Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yang hakiki,
Dan engkau kan merasa cinta manusia ..
Sedikit cuma..

Andai Dia yang engkau dahului,
Engkau takkan gelisah,
Andai dia tidak mengirim sebarang sms,
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi didepan mata,
Engkau tidakkan rindu,
Andai sehari tidak besua,
Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa
mengatakan I love you.
Kerana engkau percaya..

DIA yang terbaik..
Lantaran DIA yang terbaik
DIA akan menentukan yang terbaik untukmu,
Dan andai dia yang terbaik untukmu,
DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN
Dan itulah yang terbaik buat kalian
Kalau ada jodoh tak ke mana..

Yakinlah!
Apakah benar engkau meyakini takdirNya?

Maafkan aku teman,
Bicaraku penuh ketegasan,
Aku tidak membencimu,
Tetapi aku membencimu munkar itu,
Dan kerana aku takutkan api yang menjunam itu,
Aku menegur yang mana mampu,
Kerana aku takut,
Andai aku tidak menegurmu,
Kita kan sama-sama meredah lautan api,,,
Yang terlalu pedih, yang terlalu seksa, yang terlalu AZAB!!!
Nauzubillah min zalik

Sama-samalah teman
Pagarilah imanmu
Agar si iman itu tidak terlepas
Cintailah DIA..
Serahkan segalanya pada DIA..
Kerana DIA tahu yg terbaik
Sedangkan kita tidak.
ALLAHU A’LAM.

Akhirul kalam
Letakkan si DIA dalam hatimu,
Engkau akan merinduiNYA
Andai harimu tiada ingatan kepadaNYA
Engkau akan gelisah andai DIA
Tidak mendengar rintihanMu,
Engkau kan rindu
Andai DIA tidak memandangmu,
Engkau kan tak keruan andai
Doamu ditolak..
Dan itulah cinta hakiki..
Kerana engkau yakin
Di sana adanya sebuah
Pertemuan di taman Syurga yang Indah..
Bercintalah kerana ALLAH..
Dan Engkau akan merasakan
Erti bercinta yang sebenar
Insya ALLAH!

Janji Dan Sumpah Iblis.......

ANJI DAN SUMPAH SYAITAN TERHADAP WANITA - Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan. Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

6. Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.

Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.

"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...

Nasihat Seorang Ibu

"Hai putriku, kamu akan berpisah dengan tempat kamu dilahirkan dan meninggalkan sarang tempat kamu dibesarkan, pindah ke sangkar yang belum kamu kenal dan kepada kawan pendamping yang belum kamu kenali sebelumnya."

Seorang Ibu memberi nasihat kepada putrinya ketika melepaskannya untuk diboyong sang suami dengan ucapan,

"Hai putriku, kamu akan berpisah dengan tempat kamu dilahirkan dan meninggalkan sarang tempat kamu dibesarkan, pindah ke sangkar yang belum kamu kenal dan kepada kawan pendamping yang belum kamu kenali sebelumnya."

"Dengan kekuasaan suamimu atas dirimu dia menjadi pengawas dan penguasa. Jadilah pengabdi baginya, supaya ia juga menjadi pengabdi bagimu."

"Hai, putriku, camkan pesanku yang sepuluh sebagai pusaka dan peringatan bagimu."

"Bergaullah (berkawan) atas dasar kerelaan (ikhlas). Bermusyawarahlah dengan kepatuhan dan ketaatan yang baik. Jagalah selalu pandangan matanya, jangan sampai ia melihat segala sesuatu yang buruk dan tidak menyenangkan hatinya."

"Jaga bau-bauan yang sampai kehidungnya, dan hendaklah ia selalu mencium wewangian darimu. Celak mata memperindah yang indah dan air dapat mengharumkan bila tidak ada wewangian."

"Jagalah waktu-waktu makannya dan ketenangan saat tidurnya, sebab perihnya perut disebabkan rasa lapar dapat mengobarkan amarah dan kurangnya tidur sering menimbulkan rasa jengkel."

"Peliharalah rumah dan harta bendanya, dirinya, kehormatannya, dan anak-anaknya. Sesungguhnya, menjaga harta bendanya ialah suatu penghargaan yang baik dan menjaga anak-anaknya adalah suatu perbuatan yang mulia."

"Janganlah engkau sekali-sekali membocorkan rahasianya dan jangan menentang perintahnya. Bila membocorkan rahasianya kamu tidak akan aman dari tindakan balasannya dan bila menentang perintahnya berarti kamu menanam dendam dalam dadanya."

"Janganlah engkau terlihat gembira disaat dia sedang sedih dan susah, dan jangan bersikap murung saat dia bergembira. Kedua hal ini dapat menimbulkan kesalahpahaman yang akan membuat keruh rumah tanggamu."

"Muliakanlah dia agar dia juga memuliakanmu dan banyaklah bersikap setuju agar dia lebih lama menjadi pendampingmu."

"Kamu tidak akan mencapai apa yang kamu inginkan, kecuali bila mengutamakn keridhaannya atas keridhaanmu, dan mendahulukan hawa nafsunya terhadap hawa nafsumu dalam hal-hal yang kamu senagi dan kamu benci."

Daripada
A. Aziz Salim Basyarahil.

Nilai Cinta Seorang Suami

Perkahwinan adalah suatu tuntutan dalam Islam. Antara perkara penting sebelum melangkah ke alam pernikahan ialah hal yang berkaitan dengan pencarian pasangan hidup kerana di sinilah cinta suci lagi halal akan dibina, untuk sama-sama merasai susah senang,jatuh bangun sebuah kehidupan berumahtangga demi melihat keperkasaan benteng pertahanan Islam terus kukuh dengan lahirnya zuriat-zuriat sebagai pejuang sebagai mengganti dan kesinambungan para mujahid terdahulu. Rumahtangga tadi sekiranya dibina dengan tapak semaian keimanan, ketakwaan, dan kasih sayang serta dipikul penuh amanah, sudah tentu akan bercambah biak kebahagian dalam melahirkan generasi yang soleh dan solehah serta jauh dari pergolakan amukan jiwa memberontak.

Islam telah menyediakan garis panduan yang lengkap kepada bakal-bakal suami dan isteri di dalam memilih pasangan hidup.

Nabi pernah bersabda;“Dinikahi perempuan itu kerana empat perkara; iaitu kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana keturunannya, dan agamanya. Oleh itu,utamakan wanita beragama nescaya kamu akan beruntung” (Hadith riwayat Muslim)

Apa yang dapat kita fahami, dari maksud hadith di atas ialah ciri-ciri yang paling baik dalam memilih calon bakal isteri iaitu mereka yang mempunyai pengetahuan dan dan beramal dengan ajaran agama. Mungkin pernah terlitas di benak hati kita untuk memiliki gadis yang memahami perasaan dan bersedia menyelami setiap pahit maun hidup seorang suami yang terpaksa berkerja keras dalam memikul amanah yang cukup banyak.

Pemilihan pasangan hidup tidak boleh dipandang ringan. Islam amat menekankan isu ini disebabkan kesannya di dalam kehidupan bermasyarakat dan keharmonian dalam negara adalah amat besar kerana jika isu ini sampai tahap pergaduhan dan penceraian di antara suami dan isteri akan mengakibatkan rumahtangga dan nasib anak-anak terumbang ambing. Jika demikian,bagaimana generasi pelapis negara dapat dilahirkan? Sudah tentu apa yang diharapkan ibarat “bermimpi disiang hari” semata-mata.

Tanggunjawab membentuk rumahtangga yang bahagia dan melahirkan generasi cemerlang amatlah berat.Justeru, keteguhan dalam pegangan agama suami isteri perlu dipertingkatkan agar kita lebih bersedia menghadapi ujian dan cabaran hidup berumahtangga.

Allah Taala berfirman;“Ketahuilah bahawa harta benda dan anak pinak kamu itu adalah ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah Taala jualah pahala yang besar”el Anfal (8:28)

Sehubungan dengan itu sebagai bakal ibu dan bapa kepada bakal anak-anak,kita hendaklah menyemai benih yang ditanam dalam hamparan semaian iman sejak kecil lagi, agar bila mereka besar kelak akan bercambah biak padanya asas pengetahuan agama sekaligus melebar luas pada saksiah ruhiah dalaman yang mantap.Berikan mereka bimbingan dan panduan tepat tentang kehidupan berkeluarga agar anak-anak tahu dan faham tentang adab-adab pergaulan sesama manusia yang berlainan jantina.Mengawal dan mengurus perasaan cinta kepada orang lain yang bukan mahramnya serta batas-batas yang sesuai dengan ajaran agama.Mana mungkin sebuah kehidupan rumahtangga yang bercampur baur di antara ketaatan dan maksiat dapat melahirkan generasi yang hebat lagi cemerlang sebagai penyambung zuriat keturunan.

Nabi pernah bersabda;“Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih, kedua ibu bapalah yang akan mencorak (kehidupan) mereka sama ada menjadi yahudi, nasrani,atau majusi. Sebagaimana seekor ternakan melahirkan anaknya (dengan sempurna kejadian dan anggota). Apakah kamu menganggap hidung,t elinga, dan lain-lain anggotanya terpotong?”

Padahal cinta yang tulus mulus hendaklah bermula pada Dzat Maha Kuasa yang mencipta perjalanan darah yang unik sehinggakan menghasilkn preksi perasaan cinta dan kasih sayang sebagai salah satu fitrah insani yang perlu dihayati dari hati jatuh ke hati. Dia tidak pernah mencerca hina para hamba-Nya walaupun di sana kemurkaan-Nya sangat jelas dan sensitif pada kemaksiatan yang dilakukan oleh sekalaian hamba-Nya.Namun kasih sayang Allah Taala Maha segala-galanya, mengatasi kemurkaan-Nya tatkala hamba-Nya sudi merangkap di keheningan malam syahdu mengharapkan keampunan dengan mengakui kesalahan dan melahirkan rasa penyesalan di atas kelalaian dalam memilih sebuah perjalanan yang diredhai-Nya.

Jalan Sunnah Hiasi Rumahtangga

Ketahuilah, bahawa rumahtangga ini adalah sebahagian dari fasa-fasa perjuangan yang harus kita jayakan bagi mencapai matlamat suci kita. Islam sebagai rahmat bagi seluruh alam. Rumahtangga ini adalah obor bagi masyarakat Islam yang cemerlang.
Oleh kerana ia adalah sebahagian dari perjuangan di atas jalan dakwah,maka ianya juga tidak akan terlepas dari sunnah jalan dakwah ini. Bahawa sunnah jalan dakwah ini dulu, kini dan akan datang bukanlah jalan yang merehatkan. Ia bukan juga jalan yang dihampari oleh permaidani merah dan ditaburi oleh bunga-bunga yang indah.Ia adalah jalan yang penuh ujian dan kesulitan tetapi di hujungnya terdapat kemanisan. Maka tidak seharusnya kita merasa bersedih hati di kemudian hari atau merungut atas kesulitan dan ujian yang akan dihadapi walaupun berbeza kerjaya dan lapangan.
Oleh kerana ia adalah sebahagian dari perjuangan, maka kepentingan perjuanganlah yang akan mencorak rumahtangga ini baik ana mahupun bakal pendamping ana kelak. Kepentingan perjuangan ialah kepentingan Islam dan masyarakatnya serta wadah perjuangan yang mendokongnya.
Jika kita fahami apa yang dinyatakan tadi, maka tentulah diri kita terasa terlalu kerdil untuk memikul tugas ini. Hanya dengan bantuan Allah sahaja kita akan berjaya. Namun, sejauh mana Allah Taala akan membantu kita adalah terletak pada sejauh mana kita mampu menepati segala kehendak-Nya. Jasteru itu, kemungkaran adalah sesuatu yang asing dan sangat sensitif bagi rumahtangga ini kerana ia adalah penghijab bagi kita dari bantuan Allah Taala dan akan lebih menyukarkan jalan ini.

Bagi seorang mukmin, kecintaannya hanyalah kepada satu, cinta kepada Allah Taala. Kalau ianya harus mencintai yang lain,maka ia adalah cinta kerana Allah Taala. Inilah ikatan yang akan mengikat hati kita, cinta kepada Allah dan bercinta kerana Allah. Semoga dengan ini kita akan digolongkan di dalam salah seorang daripada tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah Taala di padang mahsyar kelak, lelaki dan wanita yang saling mencintai kerana Allah Taala semata-mata.
Tanpa ikatan perkahwinan ini pun, hati kita pasti diikat dengan rasa ukhuwwah fillah, kesatuan fikrah dan matlamat dari satu wadah perjuangan (menegakkan agama Allah Taala) yang sama. Ikatan-ikatan ini sahaja sudah cukup untuk kita saling mengasihi antara satu sama lain. Begitu kukuh ikatan antara mereka yang mempunyai fikrah dan perjalanan hidup seumpama ini, dalam dambaan cinta-Nya.
CINTA dalam Islam ialah untuk mereka memahami Islam dan tuntutan syariat, serta sentiasa berada dalam tarbiah, disamping tahu akan kehendak tuntutan fitrah suci manusia itu.Bukan sahaja manis dibibir tapi bersedia untuk mengambil si 'dia' sebagai pemaisuri hati untuk sama-sama melihat Islam menjadi kuat dan dihormati kawan mahupun lawan,dengan pelbagai cara terutama dalam meramaikan zuriat yang mampu mendokong perjuangan para syuhada' terdahulu. Inilah taaruf atau konsep cinta yang ditaja oleh Islam yang penuh berhati-hati dan menjaga kemaslahatan semasa. Cinta lebih indah bila ikatan sudah dipatri antara dua sejoli.

Para hukama' pernah bermadah;"barang sesiapa yang bercinta (dengan menjaga batasan dalam islam dan untuk mencari keredhaan Allah Taala semata-mata) dan bilamana mereka mati (semasa cinta masih bertaut),maka matinya itu dikira mati syahid".

عن ابن عباس قال: قالت ميمونة: وضعت لرسول الله صلى الله عليه وسلم ماء يغتسل به، فأفرغ على يديه، فغسلهما مرتين أو ثلاثا، ثم أفرغ بيمينه على شماله، فغسل مذاكيره، ثم دلك يده بالأرض، ثم مضمض واستنشق، ثم غسل وجهه ويديه، وغسل رأسه ثلاثا، ثم أفرغ على جسده، ثم تنحى من مقامه، فغسل قدميه.

Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)



Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula:

ثم أتيته بالمنديل فرده

Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, lalu Baginda SAW menolaknya.

Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:

1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.

2) Membaca ‘Bismillah’.

3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.

4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri

5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.

6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.

7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:

ثم يدخل أصابعه في الماء، فيخلل بها أصول شعره، ثم يصب على رأسه ثلاث غرف بيديه

“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”



Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):

. بدأ بشق رأسه الأيمن. ثم الأيسر

Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.



Bagi wanita yang dalam keadaan junub, diblehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.

عن أم سلمة، قالت: قلت: يا رسول الله! إني امرأة أشد ضفر رأسي. فأنقضه لغسل الجنابة؟ قال “لا. إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات. ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين

Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)



Akan tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:



دعي عمرتك، وانقضي رأسك، وامتشطي

“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”



8) Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.

عن عائشة؛ قالت: إن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب التيمن في شأنه كله. في نعليه، وترجله، وطهوره

Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:268)



9) Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani)

10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.



Wallahu’alam.

Jika Dia Bukan Milik Aku.............

Setiap kali selepas solat, ada sepotong doa yang biasa dibaca yang bermaksud “Ya Allah, hidupkanlah aku/kami di dalam iman dan matikanlah aku/kami di dalam iman dan masukkanlah aku/kami ke Jannah bersama iman.”

frustration.jpgIman adalah penting. Pengeritan iman yang telah sedia kita ketahui adalah mempercayai kewujudan Allah yang Esa, kewujudan para malaikat sebagai para pegawai yang melaksanakan sistem tuhan, kewujudan kitab-kitab yang terdiri daripada firman-firman pencipta, kewujudan para Rasul sebagai utusan dan ketua manusia yang memberi peringatan dan amaran, juga mempercayai kewujudan Hari Kiamat, hari segala-galanya akan berakhir.

Namun, yang paling tidak dapat diterima ‘tanpa disedari’ oleh kebanyakkan orang adalah beriman dengan Qadak dan Qadar atau takdir.

Sebagai seorang Islam bergelar Muslim, kita harus memajukan diri kita menjadi seorang Mukmin. Perkataan Mukmin bermaksud orang yang beriman. Untuk menjadi seorang yang beriman, prinsip yang paling asas adalah mempercayai kesemua rukun iman yang di atas. Seterusnya mengikut garis panduan pada surah Al-Mukminun.

BERIMAN DENGAN TAKDIR
Bukan senang untuk beriman dengan takdir. Kita mungkin berkata kita percaya, tetapi apabila datang dugaan-dugaan tertentu, ada yang akan cuba bertindak seolah-olah tidak dapat menerima ketentuan tuhan. Firman Allah s.w.t di dalam surah Hud ayat 9, “Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.”

Orang yang berusaha dengan niat untuk beramal akan “berasa lain” sekiranya mereka gagal mencapai matlamat. Mereka akan sentiasa berasa tenang walaupun didatangi kesusahan atau kesenangan. Mereka terdiri daripada golongan yang bahagia di dunia dan sedang menanti kebahagiaan di akhirat. Tiada satu perkara yang berlaku pada diri mereka yang dapat menggugat ketenangan itu.

Sebaliknya, mereka yang berusaha untuk kebahagiaan dunia mungkin akan merasa bahagia apabila matlamat tercapai. Namun sekiranya gagal, mereka akan berasa amat dukacita. Sekiranya mereka kehilangan sesuatu, mereka akan bermatian-matian untuk mempertahankan atau mendapatkannya semula. Sekiranya mereka gagal mendapatkannya semula, hati mereka akan berasa gelisah dan hidup mereka mula menderita. Lalu mereka menyalahkan orang lain dan akhirnya menyalahkan tuhan.

Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita, walaupun apa pun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan.

AMAL DAN TAKDIR
Amat penting untuk kita faham, hidup ini adalah untuk beramal bukan menentukan takdir. Kita akan dihidupkan semula dan disoal tentang amalan bukan apa yang pernah kita “capai”. Kita akan ditanya tentang “what did you do ? ” bukannya ” so… what’s the outcome? “.

Di dalam ayat 154 surah Ali Imran diceritakan pada zaman Nabi s.a.w ada sesetengah orang tidak mahu ikut berperang dengan alasan takut mati, lalu Allah s.w.t berfirman “Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing. Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. “

Jelas sekali, manusia bebas beramal. Namun “final result” adalah hak Allah s.w.t.

Jadi tak perlu susah-susah, Ali r.a. berkata, bahawa Nabi s.a.w bersabda, “Beramallah, setiap orang akan `dipermudahkan` seperti apa yang telah ditentukan.” Lalu beliau s.a.w membaca ayat 5-10 surah Al-Lail.

* Orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya), * Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik * Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya “kemudahan” untuk mendapat kesenangan (Syurga).

* Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya * Serta ia mendustakan perkara yang baik * Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya “kemudahan” untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan;

{Riwayat Bukhari}

BUKAN USAHA TETAPI DOA
Sebuah hadith daripada Salman r.a., bahawa Nabi s.a.w telah bersabda “Tidak boleh diubah takdir kecuali doa, dan tidak ada yang boleh menambah umur kecuali perbuatan baik. ” {Riwayat Tirmizi, hassan gharib}

Allah berfirman dalam surah Ar-Ra’ad ayat 39, “Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNya. (Ingatlah) pada sisiNya ada Ummu al-Kitab”. Firman Allah lagi di dalam surah Mukmin ayat 60, “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. ”

Abu Hurairah r.a juga melaporkan bahawa, “Nabi s.a.w selalu memohon perlindungan dari suratan takdir yang buruk, dari ditimpa kecelakaan, dari keghairahan musuh dan dari terkena bala.” {Riwayat Muslim}

Doa sahaja yang dapat mengubah takdir, bukan usaha.

ANTARA PUTUS ASA DAN BERSERAH KEPADA TAKDIR
Mempercayai takdir bukan bermaksud berputus asa. Frasa “putus asa” sepatutnya tidak wujud di dalam kamus hidup seorang mukmin. Kita tidak boleh berputus asa dalam mengharapkan rahmat Allah.

taif_large.jpgSemasa peperangan di Thaif, umat Islam telah mengepung kota Thaif. Ibnu Ishaq meriwayatkan Thaif telah dikepung selama 17 malam dan diserang dengan manjanik (senjata pelontar batu). Umat Islam terus menyerang dan menyerang namun tetap gagal. Lalu Nabi s.a.w bertindak untuk mengundur sahaja.

Abdullah bin Amru r.a melaporkan bahawa, Rasulullah s.a.w telah mengepung penduduk Thaif tetapi tidak mendapat apa-apa hasil dari pengepungannya tersebut. Seterusnya baginda bersabda: Insya Allah kita akan kembali ke Madinah. Para sahabat membantah: Mengapa kita harus kembali? Kita belum dapat menaklukinya. Rasulullah s.a.w bersabda kepada mereka: Pergilah kamu berperang. Mereka pun mencubanya sehingga mereka mendapat kecederaan. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Besok kita akan kembali. Para sahabat hairan dengan sabda baginda. Sementara itu Rasulullah s.a.w hanya tersenyum. {Riwayat Muslim}

Itu adalah contoh perbezaan antara putus asa dan menerima ketentuanNya. Adakah nabi s.a.w berputus asa ? Atau beliau tunduk dengan takdir ?

KESIMPULANNYA
Perbanyakkan doa untuk kebaikkan. Sebarang usaha perlu dijalankan dengan kaedah yang betul. Ada sesetengah orang yang ditinggalkan kekasih atau suami lalu cuba mendapatkan semula dengan kaedah mengumpat, memfitnah dan memburukkan orang lain.

Sebaliknya, sekiranya mereka berhenti seketika untuk berdoa dan bermuhasabah diri serta menerima ketentuannya, lebih banyak manfaat dapat diperolehi. Salah satu daripadanya adalah ketenangan, selanjutnya adalah iman.

Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran

Seseorang yang “putus cinta” biasanya akan menghadapi tekanan emosi yang mendalam. Ada yang termenung dan terkenang si dia yang telah pergi. Ada pula yang menangis kesedihan di tengah malam sunyi.

Hati pasti tidak akan tenteram, ingatan silam pasti akan kembali, kesedihan atau kemarahan akan datang membayangi. Sesetengah orang mengambil masa bertahun-tahun untuk melupakan kisah cinta bersama si dia, ada pula mungkin sekadar sebulan dua. Masing-masing mempunyai jangka waktu “recover” yang berbeza mengikut kekuatan jiwa masing-masing.

Yang pasti, hati akan resah gelisah. Pelajaran seorang pelajar akan mundur, produktiviti seorang pekerja akan menurun. Seluruh aktiviti kehidupan akan terganggu. Namun yang paling malang, apabila hati kecil mula mempersoal ketentuan tuhan kerana tidak dapat menerima kenyataan perpisahan. Semua ini akan terus menghantui diri selagi hati masih tidak tenteram.

Terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati. Firman Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 28, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

Zikrullah bermaksud mengingati Allah. Membaca Al-Quran juga termasuk zikrullah kerana salah satu nama bagi Al-Quran adalah Adz-Zikr. Dengan membaca Al-Quran dan menghayati maksud-masud ayat, seseorang itu sedang berzikir kepada Allah.

Selain membaca Al-Quran, seseorang itu juga boleh mengucapkan tasbih, tahmid, tahlil atau takbir. Zikir-zikir ini lebih ringkas dan mudah dilakukan secara berterusan di kebanyakkan keadaan dan tempat, sama ada secara lisan atau di dalam hati. Namun menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar, zikir adalah lebih utama dilakukan dengan hati dan lisan, kedua-duanya sekali.

Jabir Bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berkata, “zikir yang paling utama adalah lailahailallah (tiada tuhan selain Allah) dan sebaik-baik doa adalah mengucapkan alhamdulillah (segala pujian bagi Allah).”[1] Menurut Imam Tirmizi hadith ini berstatus hassan gharib.

Menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah subhanallah wa bihamdihi dan subhanallah hil azim [2] Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca hamdi.jpg 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.[3]

Jika disenaraikan jenis-jenis zikir, artikel ini akan menjadi begitu panjang sehingga mungkin terbentuk laman web baru yang mengkhususkan tentang zikir. Namun, memadailah seperti apa yang telah dipaparkan sebagai amalan.

Perbanyakkan zikir, mudah-mudahan hati menjadi tenteram, InsyaAllah.

Wallahu’alam.