BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Madah Mutiara

.

.

diaktifkan oleh Klik1Malaysia.com

Saturday, May 7, 2011

Pelajar Universiti Perlu Bersedia Hadapi Cabaran Selepas Tamat Pengajian

KOTA KINABALU, 7 Mei (Bernama) -- Pelajar universiti perlu menyedari cabaran dalam industri yang mereka ingin ceburi selepas memperoleh ijazah dalam usaha menjadi petugas yang penuh berkelayakan dalam tenaga kerja hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Jobmarket Malaysia Sdn Bhd Datin Paduka Juma'ah Moktar berkata pelajar tidak boleh bergantung semata-mata kepada ijazah mereka apabila mencari kerja sekiranya mereka tidak mempunyai pengkhususan dalam bidang pengajian yang diperlukan oleh industri tertentu.

Beliau berkata pelajar harus sedar bahawa keadaan kini bukanlah seperti 10 atau 20 tahun dahulu apabila pekerjaan menanti mereka, sebaliknya mereka kini mesti bergerak seiring dengan industri.

"Dalam industri pelancongan, misalnya, difahamkan bahawa ia tidak mempunyai pemandu pelancong berwibawa yang bukan sahaja boleh bertutur dalam pelbagai bahasa.

"Pelancong yang datang ke negara kita mengharapkan yang lebih baik dan lebih ramai orang yang tahu mengenai negara ini secara mendalam dan bukannya maklumat umum yang mereka boleh peroleh dalam risalah atau menerusi internet," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Cabaran Program Pelatih Kebangsaan (NIC) Kelima (NIC) 2011 di sini.

Juma'ah berkata siswazah hari ini tidak boleh bersikap terlalu memilih ketika mencari pekerjaan, sebaliknya mereka perlu meningkatkan diri dan berusaha sedaya upaya untuk menjadi pakar dalam bidang mereka sendiri.

0 comments: