BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Madah Mutiara

.

.

diaktifkan oleh Klik1Malaysia.com

Saturday, August 27, 2011

Merdeka dari perspektif al-Quran

Apa makna kemerdekaan bagi kita? Sebagai bangsa dan negara Malaysia, umat Islam dapat ambil makna kemerdekaan tersebut dari al-Quran - ditunjukkan berbagai kisah kemerdekaan umat terdahulu yang dapat mengilhamkan kita, bagaimana seharusnya menjadi bangsa merdeka dan berdaulat pada era globalisasi.

Pertama, dapat diambil dari kisah Nabi Ibrahim a.s ketika beliau membebaskan dirinya dari orientasi asasi yang keliru dalam kehidupan manusia. Dalam surah al-An’am, ayat 76-79 dikisahkan perjalanan spiritual Nabi Ibrahim dalam mencari Allah SWT daripada penyembahan berhala. Bagi Ibrahim penyembahan berhala merupakan kesalahan besar sebab manusia telah melakukan penghambaan yang boleh menjatuhkan martabat diri.

Bentuk penghambaan seperti itu juga terjadi pada era moden. Penghambaan terhadap materialisme dan hedonisme - membawa manusia moden untuk melakukan korupsi atau rasuah tanpa perasaan bersalah.

Kedua, dapat dipetik dari kisah Nabi Musa a.s ketika membebaskan bangsanya dari penindasan Firaun. Kekejaman dan keangkuhan rejim Firaun mendorong Musa tergerak memimpin bangsanya untuk membebaskan diri dari penindasan, dan akhirnya meraih kemerdekaan sebagai bangsa bermartabat (rujuk QS : al-A’raf, 127, al-Baqarah, 49, Ibrahim, 6).

Seperti kisah kejayaan Nabi Musa dan Nabi Ibrahim, kemerdekaan kita pada 31 Ogos 1957 hakikatnya juga momentum yang mengakhiri episod keangkuhan dan penindasan rejim kolonial yang menjajah bangsa kita - membuat kita miskin dan terhina selama ratusan tahun.

Namun jangan lupa, berakhirnya keangkuhan dan penindasan rejim kolonial tidak serta-merta bebaskan bangsa kita dari keangkuhan dan penindasan rejim lain dalam bentuk berbeza. Tugas terberat dari sebuah bangsa merdeka sesungguhnya adalah bagaimana mempertahankan kemerdekaan dirinya sebagai bangsa merdeka, serta bebas dari hegemoni internal dan eksternal yang menindas. Merdeka dari mereka bererti bebas daripada penguasa-penguasa peribumi yang bertingkah laku seperti penjajah asing.

Kita memerlukan pemerintahan yang sayang dan cinta kepada bangsanya sendiri. Tidak hanya sayang setakat di bibir, namun juga mencintai dan menyayangi dalam bentuk dan tindakan nyata.

Ketiga, kisah kejayaan Nabi Muhammad SAW mengembangkan misi profesinya di muka bumi (rujuk QS : Al-Ma’idah, 3), menjadi sumber ilham yang tak pernah habis bagi bangsa kita untuk memberikan erti kemerdekaan secara holistik dan integral.

Ketika diutus 14 abad silam, Baginda menghadapi sebuah masyarakat yang mengalami tiga penjajahan sekali gus iaitu, disorientasi hidup, penindasan ekonomi, dan kezaliman sosial.

Disorientasi hidup diertikan dalam penyembahan berhala atau patung oleh masyarakat Quraisy. Rasulullah berjuang hebat mengajar umat manusia untuk menyembah Allah Yang Maha Esa dan meninggalkan “tuhan-tuhan” yang menurunkan martabat dan derajat manusia (rujuk QS : Yusuf, 108, az-Zariyat, 56, al-Juma’ah, 2).

Penindasan ekonomi itu dilukiskan al-Quran sebagai sesuatu yang membuat kekayaan hanya berputar pada kelompok-kelompok tertentu sahaja (rujuk QS : al-Hasyr, 7). Rasulullah mengkritik orang-orang yang mengumpulkan dan menghitung-hitung harta tanpa menghiraukan kesejahteraan sosial dan keadilan ekonomi bangsa.

Rasulullah membebaskan perhambaan, persamaan lelaki dan perempuan serta kesederajatan bangsa-bangsa.

Apa makna kemerdekaan bagi kita? Sebagai bahagian terbesar dari bangsa kita, umat Islam dapat mengambil makna kemerdekaan tersebut dari al-Quran.

Alangkah indahnya jika bangsa kita mampu mengerti kemerdekaan itu seperti yang diilhamkan oleh al-Quran. Rakyat merasakan kemerdekaan ekonominya dan meraih kesejahteraan bersama. Tegasnya tidak ada penyelewengan ekonomi, oleh peribumi mahupun pihak asing. Seluruh warganegaranya sama kedudukannya di bidang hukum dan perundangan serta pemerintahan. Tidak ada lagi tawar menawar hukum dan perlakuan istimewa bagi kaum elit dan sebagainya dalam proses peradilan.

Kemerdekaan tidak hanya dirasakan oleh manusia-manusia tertentu sahaja, namun oleh semua lapisan masyarakat harus dapat merasakan nikmat kemerdekaan itu.

Monday, August 15, 2011

Teknik Penanaman Cili

Pengenalan
cili ialah sejenis sayuran berbuah yang popular di kalangan penduduk Malaysia. Ia dipercayai berasal dari Mexico dan America Selatan, tetapi sekarang ditanam disemua negeri beriklim tropika. Cili yang dikenali juga sebagai lada atau cabai, kebanyakan ditanam di kawasan tanah rendah.
Di Semenanjung Malaysia, kawasan-kawasan pengeluar terutama cili ialah Perak, Johor dan Kelantan

Kultivar yang disyorkan
1. MARDI MC11: Pedas
berhasil tinggi (17-24 mt/ha)
mengeluarkan hasil 10 minggu selepas ditanam
pemetikan hasil sebanyak 30 kali semusim dan ia berbuah secara berterusan.
kandungan pepejal sebanyak 20% yang sesuai untuk kegunaan pemprosesan
toleran terhadap penyakit anthraknos (7% jangkitan) dan penyakit hawar pucuk Choenophora

2. MARDI MC12
Sederhana pedas, mempunyai ciri masak serentak dan matang awal
Hasil tinggi 15-25 mt/ha
Ia mengeluarkan hasil 7 minggu selepas ditanam dan sangat produktif cepat matang tahan penyakit dan penuaian selang 5 hingga 6 hari sekali.

3. CILIBANGI-1: untuk kegunaan segar, mempunyai ciri masak serentak, biomas optima dan
kurang masalah rebah. Purata hasil 1.17 kg/pokok.
4. CILIBANGI-2: jenis untuk cili kering, berpotensi untuk ditanam oleh pekebun kecil. Purata
hasil 1.02 kg/pokok.
5. CILIBANGI-3: stabil, sangat pedas, sesuai untuk kegunaan segar dan berhasil tinggi.


6. CILIBANGGI–4: buah masak kering di pokok, oleh itu sesuai untuk cili kering. Saiz pokok
kecil dan rendah, dan boleh ditanam dengan kepadatan 44,000 pokok/ha.
7. CILIBANGGI-5: Hasil buah juga tinggi, kurang pedas dan sesuai untuk makan segar.
8. CILIBANGGI-6: Saiz buah lebih besar dari CILIBANGGI-5, kering dipokok, dan buahnya
pedas.
9. CILI Kulai varieti tempatan yang berbentuk panjang dan pedas
7 jenis cili kulai


Kesesuaian Tanah/Cuaca
Sesuai ditanam di dataran rendah, Suhu diantara 22-40 °C
hujan yang sederhana iaitu antara 1500 - 2000 mm/tahun
iklim yang paling baik ialah yang mempunyai suhu 28-29 °C
Cili sesuai ditanam di kebanyakan jenis tanah termasuk tanah gambut dan tanah pasir (tanah BRIS dan tanah bekas lombong)
Nilai pH tanah yang sesuai untuk tanaman ini ialah 5.5 – 6.8
Taburan hujan : 15000-2000 mm/tahun

Penyediaan anak benih

Menyedia Anak Benih
Sediakan kotak semaian 60 cm x 30 cm x 10 cm utk 100 anak benih
Isikan kotak semaian dengan tanah campuran 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir.
200 g/ha biji benih (50% percambahan)
Biji benih dirawat dengan 3g thiram/1000 g biji benih
Siram dengan penyiram semburan halus dua kali sehari
Kotak semaian mesti dilindungi daripada matahari dan hujan yang berlebihan.
Ubah anak benih ke ladang 3 - 4 minggu selepas disemai.
Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya.

Penyediaan kawasan

Ladang
Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm.
Sediakan batas berukuran 1.2 m lebar dan 22 - 30 cm tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan.
Jarak antara batas - 45 cm.
Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi kawasan.

Pengapuran
Untuk tanah gambut dan berasid, pengapuran pada kadar 2 tan/ha setahun. Untuk tanah berasid yang sangat rendah (pH 3.5 –3.7), pengapuran pada kadar 10 – 25 tan/ha setahun.

Penyuburan tanah
tambahkan najis haiwan pada tanah berpasir & tanah liat

Penanaman di ladang
Anak benih berumur 4 – 7 minggu boleh diubah ke batas.
Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali. Kemudian gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.
Jarak tanaman - 80cm X 80 Atau 90cm X 120 cm antara pokok. 150 cm antara baris

PENJAGAAN

Sungkupan
Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan.
Merumput
Bersihkan batas dariapada rumpai dengan menggunakan tanah, cangkul atau tajak. Bagi tanaman dalam pasu cabut rumpau untuk mengawalnya.

Pembajaan
Pembajaan mesti dilakukan mengikut elemen-elemen baja yang diperlukan secukupnya
Baja NPK berwarna hijau (15:15:15) atau baja cecair (15:30:15) digunakan untuk pembajaan asas.
Baja buah NPKMg berwarna biru (12:12:17:2:TE) atau baja cecair (18:18:21) untuk pembajaan pokok dewasa.
Hormon dan vitamin tumbuhan boleh digunakan untuk menjamin kesihatan pokok.
Jumlah baja NPK dan NPKMg yang digunakan adalah 1.8 – 2.5 tan/ha dan dibahagikan kepada 4 kali pembajaan.
Pembajaan asas dibuat sekali sebelum atau ketika pengubahtanaman diikuti dengan 3 pusingan pembajaan permukaan.
Sebanyak 10 g baja ditabur di sekeliling pokok setiap 2 minggu. Baja cecair dilarutkan pada kadar 1 sudu besar per liter air. Baja cecair 15:30:15 disembur dari pangkal pokok hingga ke daun setiap 7-10 hari sehingga pokok berbunga. Baja cecair 18:18:21 juga disembur pada kadar yang sama.
Pengurusan air

Penyiraman
Dilakukan 2 kali sehari dengan sistem ‘sprinkler’ pada awal pagi dan petang
Boleh juga secara manual
Cili memerlukan 3.5 L air sehari
Jarak antara batas : perlu diselangi parit seluas 75 sm untuk mengatasi air bertakung dan banjir
Perparitan diperlukan jika menghadapi masalah saliran
Pengurusan perosak

perosak tanaman dan penyakit
Racun rumpai pracambah digunakan selepas tanah disediakan untuk mengawal rumpai
Racun serangga digunakan untuk mengelakkan serangan kutu daun dan hamama serta vektor afid yang membawa penyakit virus.
Pelekat (perangkap) lalat buah boleh digunakan semasa pembuahan.
Varieti-varieti Cili bangi rintang kepada penyakit kerekot daun (virus CVMV) dan antraknos buah. Racun kulat digunakan untuk penyakit kulat yang lain.

Penyakit Cili
Penyakit mozek dan daun kerinting disebabkan virus adalah antara penyakit yang biasa menyerang cili. Daun-daun yang diserang menjadi kecil, tidak tentu bentuknya dan selalunya bergulung ke bawah. Virus biasanya disebarkan oleh serangga, oleh itu cara yang berkesan untuk mengurangkan penyakit ini ialah dengan menyembur pokok-pokok dengan Malathion sebulan sekali untuk mengawal serangga.
Kadangkala layu daun disebabkan oleh bakteria Pseudomonas solanacearum berlaku juga pada pokok cili. Semua pokok yang diserang hendaklah dicabut dan dibakar.
Bintik Daun yang dikenali sebagai cercospora leaf spot @ bacterial leaf spot yang berpunca dari kulat Xanthomoas. Kulat akan menghisap cecair dari daun pokok cili sehingga daun pokok cedera dan berlubang
hamama - selalu dikelirukan dengan serangan virus, kerana daun yang diserang kedua-dua perosak tersebut menunjukkan tanda yang hampir sama. Daun jadi kerekot, kerinting, mengecil dan pokok boleh terbantut.Daun yang kerekot tu akan melengkung ke bawah..Daun akan bertukar warna menjadi perak dan luruh
Antraknos buah - berpunca dari serangan kulat. merebak dengan cepat. Buah rosak dan gugur


Serangga Perosak
Lalat buah merupakan serangga perosak cili yang utama. Lalat ini bertelur dalam buah-buah yang muda dan larvanya makan di dalam buah. Warna coklat pada cili hijau akibat serangan larva selalunya boleh dilihat pada cili hijau yang dihidangkan di restoran. Buah cili ini dipetik sebelum kerosakan bertambah serius hingga menyebabkan buah cili gugur.
Jika dibiarkan, buah cili menjadi lembut, berwarna coklat dan akan gugur sebelum tua. Larva lalat buah itu boleh dilihat bila buah cili dipotong untuk diperiksa. Semua jenis cili mudah diserang lalat buah. Cara-cara mengawal lalat buah ialah seperti yang diterangkan pada halaman yang lalu. Jika serangannya berterusan, walaupun dikawal dengan berbagai cara, cara yang paling baik untuk mengelakkan daripada diserang ialah dengan memetik buah cili ketika ia masih hijau
KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAKIT PENGUTIPAN HASIL
Hasil dipetik ketika pokok berumur 12 hingga 16 minggu. Purata hasil 16-20 tan/ha.
Punggutan hasil dibuat setiap 3 atau 4 hari.
Peringkat kematangan yang sesuai untuk penuaian berbeza mengikut cara pemasarannya dan cara memakannya samaada untuk makan segar atau diproses sebagai produk hiliran.
Cili boleh dipetik 60-75 hari selepas menanam di ladang

memetik cili bagi kegunaan segar - berwarna hijau tua kemerahan
cili kering - apabila cili berwarna merah sepenuhnya
Kerja-kerja memetik cili sebaik-baiknya dilakukan pada waktu pagi atau lewat petang ketika suhu rendah.
Penuaian cili dilakukan dengan hanya menarik secara perlahan-lahan bagi mengelak kelompok cili terluka ataupun terguris
Pengendalian lepas tuai
Aspek yang dirangkumi termasuklah tahap kematangan, pengendalian dan pengangkutan di ladang, perlakuan operasi rumah pembungkusan dan pengagihan untuk pasaran.
Pemprosesan
Cili yang diproses secara minimum merupakan cili yang telah didedahkan kepada proses pembersihan, pemotongan, pra-perlakuan kimia, pengeringan dan pembungkusan. Produk ini sedia untuk terus di masak/makan. Cili yang diproses minimum boleh disimpan di suhu 2°C selama 3 minggu.
Pengeringan
perlu dilakukan untuk membuat lebihan air yang melekat pada cili bagi mengawal pertumbuhan patogen

Penuaian
berbeza mengikut cara pemasarannya dan cara memakannya samaada untuk makan segar atau diproses sebagai produk hiliran.

Pemilihan
mengasingkan cili yang cedera, berubah warna, kematangan dan saiz yang tidak sesuai. Pengasingan pada peringkat awal yang dilakukan di ladang akan menjimatkan kos dan memudahkan operasi seterusnya.


Pembasuhan
membuang kotoran, dan sisa penggunaan bahan kimia seperti racun kulat. Bekas yang bersih perlu digunakan untuk membasuh. Air mestilah bersih dan perlu ditukar selalu bagi mengelakkan pengumpulan patogen dan jangkitan penyakit yang boleh menyebabkan kerosakan pada cili.
Rawatan air panas - untuk mengawal penyakit antraknos dengan merendam cili didalam air panas pada suhu 50 °C selama 3-5 min


Penggredan/Pengkelasan
digred untuk mengasingkan tahap kematangan, tahap kecederaan mekanik, rupa bentuk, warna, tahap serangan penyakit dan rupa keseluruhan. Cili yang telah digred akan lebih seragam dan mudah untuk dipasarkan

Pembungkusan
pembungkus yang sesuai serta tahan lasak. Pembungkusan yang baik dapat mengurangkan kehilangan air dan kerosakan mekanik yang boleh mempengaruhi mutu cili pada peringkat penggunaan. bahan pembungkus yang sesuai ialah beg plastik LDPE, jaring plastik, beg kertas dan dulang polistairin yang di balut dengan filem polivinal klorida.

Anggaran Kos Pengeluaran
Anggaran kos pengeluaran cili seluas satu hektar
RM 12 839.41

Tuesday, August 9, 2011

TIP MENJIMATKAN PENGGUNAAN MINYAK KERETA

Harga bahan bakar kenderaan yang tidak menentu sejak 10 tahun lalu mempengaruhi pengguna kenderaan bermotor terutama kereta berusaha mengurangkan kadar penggunaan bahan bakar pada tahap paling minimum. Langkah ini sangat perlu kerana penggunaan bahan api paling minimum dapat menjimatkan perbelanjaan minyak petrol.
Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan minyak kereta anda bukan semata-mata kerana harganya yang melambung tinggi ketika ini, tetapi penggunaan minyak yang lebih daripada yang sepatutnya menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.
Tip di bawah ini jika diamalkan akan membawa perubahan terhadap penggunaan minyak petrol kenderaan anda.
Memandu Dengan Kelajuan Yang Sesuai
Sikap dan cara pemanduan kerana banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Jangan gopoh dan membuat sesuatu secara mengejut. Misalnya ketika menuju ke plaza tol atau membelok di selekoh tajam, jangan sesekali menukar gear (misalnya gear 5) terus kepada gear rendah dan brek secara mendadak.
Kurangkan Berat/Bebanan Kereta
Anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan minyak melebihi tahap biasa. Jadi, jangan bawa barang-barang yang tidak perlu (kereta anda bukan stor). Perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak b arang yang tidak sepatutnya berada di dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 2 peratus.
Tayar Diisi Dengan Tekanan Angin Yang Betul
Tekanan angin mesti betul. Tekanan angin yang tidak mengikuti spesifikasi mengakibatkan enggunaan minyak bertanmbah 5 peratus. Carta berat dan tekanan angin biasanya terpapar di tempat mengisi minyak di mana-mana stesen minyak. Jangan biarkan tayar kurang tekanan angin kerana ia menyebabkan kereta dipandu lebih berat dan ini tidak menjimatkan minyak. Tekanan tayar yang kurang menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehinggan 35 peratus. Periksa dan tetapkan tekanan tayar mengikut spesifikasi kenderaan anda sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Lakukan Penyelenggaraan Dan Servis Berkala
Penalaan enjin yang tidak sesuai meningkatkan penggunaan minyak sehingga lebih 50 peratus. Pastikan talam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala.
Kurangkan Kelajuan
Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan (dan tidak disaman). Memandu melebihi 90 kilometer sejam (KM/J) meningkatkan penggunaan minyak. Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus), dan 110 km/j (25 peratus).
Matikan Saja Enjin Kereta Jika Menunggu
Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang. Menunggu suami, isteri atau kawan yang singgah di kedai runcit untuk membeli barangan kadang kala boleh menjadi terlalu lama. Ini mungkin kerana terdapat ramai pelanggan di kedai tersebut. Jadi, buka tingkap kereta dan matikan sahaja enjin untuk menjimatkan minyak kereta anda.
Bijak Dalam Penggunaan Gear
Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran petrol kerana tekanan terhadap enjin menjai terlalu tinggi. Gunakan mod “ekonomi” jika kereta anda memilikinya. Pemanduan dengan kadar yang laju pada gear rendah boleh meningkatkan penggunaan minyak sehingga 45 peratus dari yang sepatutnya. Penggunaan kenderaan bertransmisi manual membolehkan anda menjimatkan minyak.
Membrek Pada Jarak Yang Selamat
Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, misalnya di tol atau di stesen minyak di tepi lebuuhraya, perlahankan kenderaan dari jarak yang selamat. Jangan membrek secara mengejut.
Rancang Perjalanan
Rancang perjalanan terlebih dahulu sebelum ke sesuatu destinasi. Ini dapat mengelakkan dari kesesakan lalulintas dan secara tidak langsung akan dapat menjimatkan minyak.
Panaskan enjin sebelum memulakan perjalanan
Hidupkan enjin sekurang-kurangnya 5 minit sebelum memulakan pemanduan. Ini untuk meningkatkan prestasi enjin dan memastikan enjin dapat berfungsi secara optimum.
Minimumkan Perjalanan Jarak Dekat
Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini mampu meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40 peratus. Sebagai langkah penjimatan minyak, eloklah naik motorsikal atau mungkin berbasikal (jika di kampong) untuk ke surau atau ke kedai berhampiran
Gunakan Saiz Tayar Dan Sport Rim Yang Sesuai
Saiz tayar dan sport rim yang tidak sesuai akan menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 10 peratus.
Isi Petrol Pada Waktu Yang Sesuai
Waktu yang paling sesuai untuk mengisi minyak adalah waktu pagi atau malam. Ini kerana pada waktu ini minyak petro kurang termeluwap ke udara akibat cuaca panas. Elakkan mengisi minyak terlalu penuh atau sehingga tertumpah. Berhenti mengisi minyak selepas nozzle dip am minyak berbunyi “klik”.
Barang Yang Perlu Dibawa
Anda harus membawa barang yang perlu sahaja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan. Carrier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan minyak petrol pada kadar 5 peratus.
Kesimpulan
Jika anda mendapati penggunaan minyak kereta anda sebulan sangat tinggi, periksalah puncanya terlebih dahulu. Ia mungkin berpunca daripada keadaan teknikal kenderaan atau mungkin sikap pemanduan anda. Maka, sebelum membeli alat bantuan mengurangkan penggunaan minyak di pasaran eloklah anda mengamalkan tip-tip yang dinyatakan di atas dan lihat perubahannya.

UNTUNG RUGI TANPA RIBA

Perbankan Ikut Syariah Lindungi Hak Pelanggan
Perbankan islam adalah sistem perbankan yang dilesenkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan berasaskan prinsip syariah ( hukum islam) yang mengharamkan riba (pengumpulan dan pembayaran faedah), usury (tindakan atau amalan meminjamkan wang pada kadar faedah yang amat tinggi), perdagangan yang mempunyai risiko kewangan (opsyen dan pasaran hadapan) dan usaha niaga yang haram.
Tujuan perbankan islam adalah sama seperti perbankan kovensional. Bezanya, operasi perbankan islam menjalankan transaksi mengikut peraturan syariah yang dikenali Fiqh al-Muamalat.
Prinsip asas perbankan islam adalah perkongsian untung dan rugi dan larangan riba. Antara konsep islam yang biasa digunakan dalam perbankan islam adalah perkongsian (mudharabah), simpanan (wadiah), perkongsian untung rugi ( musyarakah), perjanjian jual beli (ijarah).
Perbankan islam di Malaysia dipantau Majlis Penasihat Syariah yang ditubuhkan Bank Negara. Di samping itu, perbankan islam dan perbankan konvensional yang menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan islam perlu menubuhkan jawatankuasa penasihat syariah masing-masing atau melantik perunding penasihat bagi memastikan bahawa operasi, kegiatan dan produk bank mematuhi prinsip syariah.
Di sebalik tanggapan sesetengah orang, perbankan islam adalah untuk semua orang tanpa mengira agama mereka. Apa yang diambil kira oleh institusi kewangan? Apabila anda memohon kad kredit, pinjaman peribadi atau pinjaman lain, institusi kewangan akan menilai sama ada anda mempunyai risiko kredit yang baik atau tidak.
Ketika membuat penilaian risiko kredit, institusi kewangan berkenaan akan mengambil kira keupayaan peminjam untuk memenuhi kewajipan pembayaran balik.
Penilaian risiko ini juga akan menentukan kadar faedah dan kos lain untuk pinjaman itu. Keupayaan untuk mendapatkan kelulusan pinjaman biasanya bergantung kepada factor asas seperti berikut:
1) Tujuan pinjaman

Pemberi pinjaman ingin mengetahui apa tujuan sebenar suatu pinjaman bagi menilai risiko terbabit. Jenis pinjaman akan dipadankan dengan tujuan pinjaman.
Jika anda membeli rumah, maka pinjaman perumahan akan ditawarkan. Pinjaman sewa beli pula akan diberikan untuk pembelian kereta.jika tujuan pinjaman adalah untuk sesuatu yang tidak produktif atau berunsur spekulasi, mungkin anda akan ditawarkan pinjaman peribadi atau “overdraf”.
Tujuan pinjaman serta jenis pinjaman, sama ada bercagar ataupun tidak, akan menentukan kadar faedah dan tempoh pinjaman anda

2) Keupayaan membayar balik
Keupayaan anda untuk membayar balik pinjaman adalah penting. Institusi kewangan akan menilai sama ada anda mempunyai lebihan pendapatan atau simpanan tunai untuk menanggung komitmen kewangan yang baru.
Mereka juga akan memastika n anda mempunyai pendapatan yang stabil atau perkerjaan yang tetap. Kedudukan aliran tunai akan dinilai dengan terperinci.
Petunjuk utama bagi menilai keupayaan pembayaran anda adalah dengan mengetahui nisbah hutang kepada pendapatan anda.

3) Sejarah pembayaran

Rekod pembayaran hutang terdahulu atau semasa akan dinilai untuk mengetahui perilaku anda sebagai seorang pembayar. Jika anda mempunyai rikod yang tidak memuaskan maka peluang untuk mendapat pinjaman baru mungkin tipis.