BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Madah Mutiara

.

.

diaktifkan oleh Klik1Malaysia.com

Monday, August 15, 2011

Teknik Penanaman Cili

Pengenalan
cili ialah sejenis sayuran berbuah yang popular di kalangan penduduk Malaysia. Ia dipercayai berasal dari Mexico dan America Selatan, tetapi sekarang ditanam disemua negeri beriklim tropika. Cili yang dikenali juga sebagai lada atau cabai, kebanyakan ditanam di kawasan tanah rendah.
Di Semenanjung Malaysia, kawasan-kawasan pengeluar terutama cili ialah Perak, Johor dan Kelantan

Kultivar yang disyorkan
1. MARDI MC11: Pedas
berhasil tinggi (17-24 mt/ha)
mengeluarkan hasil 10 minggu selepas ditanam
pemetikan hasil sebanyak 30 kali semusim dan ia berbuah secara berterusan.
kandungan pepejal sebanyak 20% yang sesuai untuk kegunaan pemprosesan
toleran terhadap penyakit anthraknos (7% jangkitan) dan penyakit hawar pucuk Choenophora

2. MARDI MC12
Sederhana pedas, mempunyai ciri masak serentak dan matang awal
Hasil tinggi 15-25 mt/ha
Ia mengeluarkan hasil 7 minggu selepas ditanam dan sangat produktif cepat matang tahan penyakit dan penuaian selang 5 hingga 6 hari sekali.

3. CILIBANGI-1: untuk kegunaan segar, mempunyai ciri masak serentak, biomas optima dan
kurang masalah rebah. Purata hasil 1.17 kg/pokok.
4. CILIBANGI-2: jenis untuk cili kering, berpotensi untuk ditanam oleh pekebun kecil. Purata
hasil 1.02 kg/pokok.
5. CILIBANGI-3: stabil, sangat pedas, sesuai untuk kegunaan segar dan berhasil tinggi.


6. CILIBANGGI–4: buah masak kering di pokok, oleh itu sesuai untuk cili kering. Saiz pokok
kecil dan rendah, dan boleh ditanam dengan kepadatan 44,000 pokok/ha.
7. CILIBANGGI-5: Hasil buah juga tinggi, kurang pedas dan sesuai untuk makan segar.
8. CILIBANGGI-6: Saiz buah lebih besar dari CILIBANGGI-5, kering dipokok, dan buahnya
pedas.
9. CILI Kulai varieti tempatan yang berbentuk panjang dan pedas
7 jenis cili kulai


Kesesuaian Tanah/Cuaca
Sesuai ditanam di dataran rendah, Suhu diantara 22-40 °C
hujan yang sederhana iaitu antara 1500 - 2000 mm/tahun
iklim yang paling baik ialah yang mempunyai suhu 28-29 °C
Cili sesuai ditanam di kebanyakan jenis tanah termasuk tanah gambut dan tanah pasir (tanah BRIS dan tanah bekas lombong)
Nilai pH tanah yang sesuai untuk tanaman ini ialah 5.5 – 6.8
Taburan hujan : 15000-2000 mm/tahun

Penyediaan anak benih

Menyedia Anak Benih
Sediakan kotak semaian 60 cm x 30 cm x 10 cm utk 100 anak benih
Isikan kotak semaian dengan tanah campuran 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir.
200 g/ha biji benih (50% percambahan)
Biji benih dirawat dengan 3g thiram/1000 g biji benih
Siram dengan penyiram semburan halus dua kali sehari
Kotak semaian mesti dilindungi daripada matahari dan hujan yang berlebihan.
Ubah anak benih ke ladang 3 - 4 minggu selepas disemai.
Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya.

Penyediaan kawasan

Ladang
Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm.
Sediakan batas berukuran 1.2 m lebar dan 22 - 30 cm tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan.
Jarak antara batas - 45 cm.
Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi kawasan.

Pengapuran
Untuk tanah gambut dan berasid, pengapuran pada kadar 2 tan/ha setahun. Untuk tanah berasid yang sangat rendah (pH 3.5 –3.7), pengapuran pada kadar 10 – 25 tan/ha setahun.

Penyuburan tanah
tambahkan najis haiwan pada tanah berpasir & tanah liat

Penanaman di ladang
Anak benih berumur 4 – 7 minggu boleh diubah ke batas.
Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali. Kemudian gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.
Jarak tanaman - 80cm X 80 Atau 90cm X 120 cm antara pokok. 150 cm antara baris

PENJAGAAN

Sungkupan
Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan.
Merumput
Bersihkan batas dariapada rumpai dengan menggunakan tanah, cangkul atau tajak. Bagi tanaman dalam pasu cabut rumpau untuk mengawalnya.

Pembajaan
Pembajaan mesti dilakukan mengikut elemen-elemen baja yang diperlukan secukupnya
Baja NPK berwarna hijau (15:15:15) atau baja cecair (15:30:15) digunakan untuk pembajaan asas.
Baja buah NPKMg berwarna biru (12:12:17:2:TE) atau baja cecair (18:18:21) untuk pembajaan pokok dewasa.
Hormon dan vitamin tumbuhan boleh digunakan untuk menjamin kesihatan pokok.
Jumlah baja NPK dan NPKMg yang digunakan adalah 1.8 – 2.5 tan/ha dan dibahagikan kepada 4 kali pembajaan.
Pembajaan asas dibuat sekali sebelum atau ketika pengubahtanaman diikuti dengan 3 pusingan pembajaan permukaan.
Sebanyak 10 g baja ditabur di sekeliling pokok setiap 2 minggu. Baja cecair dilarutkan pada kadar 1 sudu besar per liter air. Baja cecair 15:30:15 disembur dari pangkal pokok hingga ke daun setiap 7-10 hari sehingga pokok berbunga. Baja cecair 18:18:21 juga disembur pada kadar yang sama.
Pengurusan air

Penyiraman
Dilakukan 2 kali sehari dengan sistem ‘sprinkler’ pada awal pagi dan petang
Boleh juga secara manual
Cili memerlukan 3.5 L air sehari
Jarak antara batas : perlu diselangi parit seluas 75 sm untuk mengatasi air bertakung dan banjir
Perparitan diperlukan jika menghadapi masalah saliran
Pengurusan perosak

perosak tanaman dan penyakit
Racun rumpai pracambah digunakan selepas tanah disediakan untuk mengawal rumpai
Racun serangga digunakan untuk mengelakkan serangan kutu daun dan hamama serta vektor afid yang membawa penyakit virus.
Pelekat (perangkap) lalat buah boleh digunakan semasa pembuahan.
Varieti-varieti Cili bangi rintang kepada penyakit kerekot daun (virus CVMV) dan antraknos buah. Racun kulat digunakan untuk penyakit kulat yang lain.

Penyakit Cili
Penyakit mozek dan daun kerinting disebabkan virus adalah antara penyakit yang biasa menyerang cili. Daun-daun yang diserang menjadi kecil, tidak tentu bentuknya dan selalunya bergulung ke bawah. Virus biasanya disebarkan oleh serangga, oleh itu cara yang berkesan untuk mengurangkan penyakit ini ialah dengan menyembur pokok-pokok dengan Malathion sebulan sekali untuk mengawal serangga.
Kadangkala layu daun disebabkan oleh bakteria Pseudomonas solanacearum berlaku juga pada pokok cili. Semua pokok yang diserang hendaklah dicabut dan dibakar.
Bintik Daun yang dikenali sebagai cercospora leaf spot @ bacterial leaf spot yang berpunca dari kulat Xanthomoas. Kulat akan menghisap cecair dari daun pokok cili sehingga daun pokok cedera dan berlubang
hamama - selalu dikelirukan dengan serangan virus, kerana daun yang diserang kedua-dua perosak tersebut menunjukkan tanda yang hampir sama. Daun jadi kerekot, kerinting, mengecil dan pokok boleh terbantut.Daun yang kerekot tu akan melengkung ke bawah..Daun akan bertukar warna menjadi perak dan luruh
Antraknos buah - berpunca dari serangan kulat. merebak dengan cepat. Buah rosak dan gugur


Serangga Perosak
Lalat buah merupakan serangga perosak cili yang utama. Lalat ini bertelur dalam buah-buah yang muda dan larvanya makan di dalam buah. Warna coklat pada cili hijau akibat serangan larva selalunya boleh dilihat pada cili hijau yang dihidangkan di restoran. Buah cili ini dipetik sebelum kerosakan bertambah serius hingga menyebabkan buah cili gugur.
Jika dibiarkan, buah cili menjadi lembut, berwarna coklat dan akan gugur sebelum tua. Larva lalat buah itu boleh dilihat bila buah cili dipotong untuk diperiksa. Semua jenis cili mudah diserang lalat buah. Cara-cara mengawal lalat buah ialah seperti yang diterangkan pada halaman yang lalu. Jika serangannya berterusan, walaupun dikawal dengan berbagai cara, cara yang paling baik untuk mengelakkan daripada diserang ialah dengan memetik buah cili ketika ia masih hijau
KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAKIT PENGUTIPAN HASIL
Hasil dipetik ketika pokok berumur 12 hingga 16 minggu. Purata hasil 16-20 tan/ha.
Punggutan hasil dibuat setiap 3 atau 4 hari.
Peringkat kematangan yang sesuai untuk penuaian berbeza mengikut cara pemasarannya dan cara memakannya samaada untuk makan segar atau diproses sebagai produk hiliran.
Cili boleh dipetik 60-75 hari selepas menanam di ladang

memetik cili bagi kegunaan segar - berwarna hijau tua kemerahan
cili kering - apabila cili berwarna merah sepenuhnya
Kerja-kerja memetik cili sebaik-baiknya dilakukan pada waktu pagi atau lewat petang ketika suhu rendah.
Penuaian cili dilakukan dengan hanya menarik secara perlahan-lahan bagi mengelak kelompok cili terluka ataupun terguris
Pengendalian lepas tuai
Aspek yang dirangkumi termasuklah tahap kematangan, pengendalian dan pengangkutan di ladang, perlakuan operasi rumah pembungkusan dan pengagihan untuk pasaran.
Pemprosesan
Cili yang diproses secara minimum merupakan cili yang telah didedahkan kepada proses pembersihan, pemotongan, pra-perlakuan kimia, pengeringan dan pembungkusan. Produk ini sedia untuk terus di masak/makan. Cili yang diproses minimum boleh disimpan di suhu 2°C selama 3 minggu.
Pengeringan
perlu dilakukan untuk membuat lebihan air yang melekat pada cili bagi mengawal pertumbuhan patogen

Penuaian
berbeza mengikut cara pemasarannya dan cara memakannya samaada untuk makan segar atau diproses sebagai produk hiliran.

Pemilihan
mengasingkan cili yang cedera, berubah warna, kematangan dan saiz yang tidak sesuai. Pengasingan pada peringkat awal yang dilakukan di ladang akan menjimatkan kos dan memudahkan operasi seterusnya.


Pembasuhan
membuang kotoran, dan sisa penggunaan bahan kimia seperti racun kulat. Bekas yang bersih perlu digunakan untuk membasuh. Air mestilah bersih dan perlu ditukar selalu bagi mengelakkan pengumpulan patogen dan jangkitan penyakit yang boleh menyebabkan kerosakan pada cili.
Rawatan air panas - untuk mengawal penyakit antraknos dengan merendam cili didalam air panas pada suhu 50 °C selama 3-5 min


Penggredan/Pengkelasan
digred untuk mengasingkan tahap kematangan, tahap kecederaan mekanik, rupa bentuk, warna, tahap serangan penyakit dan rupa keseluruhan. Cili yang telah digred akan lebih seragam dan mudah untuk dipasarkan

Pembungkusan
pembungkus yang sesuai serta tahan lasak. Pembungkusan yang baik dapat mengurangkan kehilangan air dan kerosakan mekanik yang boleh mempengaruhi mutu cili pada peringkat penggunaan. bahan pembungkus yang sesuai ialah beg plastik LDPE, jaring plastik, beg kertas dan dulang polistairin yang di balut dengan filem polivinal klorida.

Anggaran Kos Pengeluaran
Anggaran kos pengeluaran cili seluas satu hektar
RM 12 839.41

0 comments: