BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Madah Mutiara

.

.

diaktifkan oleh Klik1Malaysia.com

Tuesday, August 9, 2011

UNTUNG RUGI TANPA RIBA

Perbankan Ikut Syariah Lindungi Hak Pelanggan
Perbankan islam adalah sistem perbankan yang dilesenkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan berasaskan prinsip syariah ( hukum islam) yang mengharamkan riba (pengumpulan dan pembayaran faedah), usury (tindakan atau amalan meminjamkan wang pada kadar faedah yang amat tinggi), perdagangan yang mempunyai risiko kewangan (opsyen dan pasaran hadapan) dan usaha niaga yang haram.
Tujuan perbankan islam adalah sama seperti perbankan kovensional. Bezanya, operasi perbankan islam menjalankan transaksi mengikut peraturan syariah yang dikenali Fiqh al-Muamalat.
Prinsip asas perbankan islam adalah perkongsian untung dan rugi dan larangan riba. Antara konsep islam yang biasa digunakan dalam perbankan islam adalah perkongsian (mudharabah), simpanan (wadiah), perkongsian untung rugi ( musyarakah), perjanjian jual beli (ijarah).
Perbankan islam di Malaysia dipantau Majlis Penasihat Syariah yang ditubuhkan Bank Negara. Di samping itu, perbankan islam dan perbankan konvensional yang menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan islam perlu menubuhkan jawatankuasa penasihat syariah masing-masing atau melantik perunding penasihat bagi memastikan bahawa operasi, kegiatan dan produk bank mematuhi prinsip syariah.
Di sebalik tanggapan sesetengah orang, perbankan islam adalah untuk semua orang tanpa mengira agama mereka. Apa yang diambil kira oleh institusi kewangan? Apabila anda memohon kad kredit, pinjaman peribadi atau pinjaman lain, institusi kewangan akan menilai sama ada anda mempunyai risiko kredit yang baik atau tidak.
Ketika membuat penilaian risiko kredit, institusi kewangan berkenaan akan mengambil kira keupayaan peminjam untuk memenuhi kewajipan pembayaran balik.
Penilaian risiko ini juga akan menentukan kadar faedah dan kos lain untuk pinjaman itu. Keupayaan untuk mendapatkan kelulusan pinjaman biasanya bergantung kepada factor asas seperti berikut:
1) Tujuan pinjaman

Pemberi pinjaman ingin mengetahui apa tujuan sebenar suatu pinjaman bagi menilai risiko terbabit. Jenis pinjaman akan dipadankan dengan tujuan pinjaman.
Jika anda membeli rumah, maka pinjaman perumahan akan ditawarkan. Pinjaman sewa beli pula akan diberikan untuk pembelian kereta.jika tujuan pinjaman adalah untuk sesuatu yang tidak produktif atau berunsur spekulasi, mungkin anda akan ditawarkan pinjaman peribadi atau “overdraf”.
Tujuan pinjaman serta jenis pinjaman, sama ada bercagar ataupun tidak, akan menentukan kadar faedah dan tempoh pinjaman anda

2) Keupayaan membayar balik
Keupayaan anda untuk membayar balik pinjaman adalah penting. Institusi kewangan akan menilai sama ada anda mempunyai lebihan pendapatan atau simpanan tunai untuk menanggung komitmen kewangan yang baru.
Mereka juga akan memastika n anda mempunyai pendapatan yang stabil atau perkerjaan yang tetap. Kedudukan aliran tunai akan dinilai dengan terperinci.
Petunjuk utama bagi menilai keupayaan pembayaran anda adalah dengan mengetahui nisbah hutang kepada pendapatan anda.

3) Sejarah pembayaran

Rekod pembayaran hutang terdahulu atau semasa akan dinilai untuk mengetahui perilaku anda sebagai seorang pembayar. Jika anda mempunyai rikod yang tidak memuaskan maka peluang untuk mendapat pinjaman baru mungkin tipis.

0 comments: