BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Madah Mutiara

.

.

diaktifkan oleh Klik1Malaysia.com

Monday, May 9, 2011

Sambut Hari Ibu Seperti Yang Ibu Mahu

Oleh Sakini Mohd Said

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Bulan Mei kembali lagi. Membawa sinar buat si ibu menguntum senyum. Direncanakan pada setiap Ahad, minggu kedua bulan Mei, Hari Ibu diraikan rakyat Malaysia.

Di sana sini pelbagai aktiviti dirancang untuk meraikan insan tersayang bergelar "ibu, emak, mama, ummi, mummy, amma, ma" atau apa sahaja gelaran diberikan kepada golongan teristimewa ini.

Tujuannya untuk menggembirakan dan menghargai jasa si ibu yang tidak ternilai dalam membesarkan anak-anak.

Justeru senario pelbagai pakej menarik, promosi hadiah, tawaran hidangan istimewa di restoran dan diskaun harga, meriah mengisi ruang akhbar, Internet dan risalah untuk memikat anak-anak menerima tawaran ini buat ibu kesayangan mereka.

Mungkin ada baiknya untuk anak-anak, namun fenomena sebegini juga dilihat cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan daripada sambutan itu.

Pengorbanan ibu yang tidak ternilai harganya seperti sudah dikomersialkan oleh pihak tertentu dan ia bagaikan sudah tiada jiwa lagi dalam sambutan itu. Adakah itu yang sewajarnya mewarnai Hari Ibu atau bagaimana pula pilihan si ibu sendiri?

HARI IBU BUKAN HARI KOMERSIAL

Suri rumah sepenuh masa, Rabaeyah Mohd Said, berkata alasan sibuk dan tidak cukup masa dalam kalangan anak-anak masa kini dijadikan penyebab pelbagai pihak mengkomersialkan Hari Ibu.

"Tapi sebenarnya kita tidak boleh menyalahkan mereka yang menawarkan pakej itu kerana ia dilakukan untuk memeriahkan suasana sambutan.

"Mungkin ada kedengaran seperti mengaut keuntungan, namun ia berbalik kepada anak-anak itu sendiri bagaimana mereka mahu menyambutnya.

"Ada anak yang menganggap dengan membeli hadiah dan membawa ibu mereka ke tempat sedemikian sudah dapat menggembirakan hati ibu. Walhal ia hanya sampingan kerana yang penting ialah kasih sayang," katanya kepada Bernama.

Paling menyedihkan, katanya, kalau anak-anak menganggap dengan memberi hadiah atau membawa ibu mereka ke tempat istimewa, sudah cukup untuk menunjukkan tanda kasih mereka sepanjang tahun. Di hari lain ibu akan ditinggalkan sendirian kerana anak-anak akan kembali sibuk dengan urusan harian masing-masing.

RAI IBU BUKAN SEKADAR SEHARI TAPI 365 HARI

Mempunyai tiga orang anak yang sudah bekerja, Rabaeyah mengucap syukur kerana anak-anaknya sentiasa bertanya khabar dan menghulurkan kata-kata kasih dan sayang setiap kali berjumpa dan menghubungi beliau.

Hari Ibu bukan sehari tetapi setiap hari, katanya.

Mengharapkan sikap anak-anaknya itu tidak akan berubah, Rabaeyah berkata bagi seorang ibu, sebenarnya mereka lebih gemar melihat kejayaan dan kebahagiaan anak-anak berbanding pemberian hadiah.

"Pada Hari Ibu, rasa gembira sebenarnya apabila melihat mereka berjaya menghormati orang tua. Dengan hanya berkumpul sahaja, sudah cukup," katanya.

IBU DILAYAN BAGAIKAN RAJA SEHARI

Penerima anugerah Guru Takmir Kebangsaan 2011, Fatimah Ya Abdullah berkata keseronokan menyambut Hari Ibu sebenarnya adalah di rumah bersama dengan anak-anak, menantu dan cucu.

Katanya situasi sambutan di rumah jauh berbeza kerana beliau berasa lebih dekat dengan anak-anak.

"Dalam Islam Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda bahawa syurga terletak di telapak kaki ibu. Ini menunjukkan betapa pentingnya anak-anak menjaga baik ibu mereka bukan sekadar pada hari sambutan, tetapi setiap masa.

"Bina istana emas pun tidak akan dapat membalas jasa seorang ibu. Disebabkan menghargai kasih ibu, telah dibuat satu hari bagi mengiktiraf jasa ibu.

"Cuma, kalau boleh pada hari sambutan ini seorang ibu itu dilayan seperti Raja, tidak perlu buat apa-apa kerja rumah pun. Ini kerana ada sesetengah anak membawa ibu mereka ke hotel, atau spa pada petang hari, tetapi pada waktu pagi si ibu dibiarkan buat kerja rumah seperti biasa," katanya yang mempunyai lima orang anak.

LEBIH GEMAR SEDIAKAN SENDIRI MAKANAN KESUKAAN EMAK

Bagi Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Dr Samsiah Muhamad, sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan keluarganya untuk meraikan ibu mereka dengan membawa makanan dari rumah masing-masing.

Masing-masing sibuk menyediakan makanan kesukaan ibu mereka, Aminah Abdullah. Anak ketujuh daripada lapan adik beradik itu memberitahu bahawa mereka lebih gemar lokasi sambutan Hari Ibu diadakan di rumah secara bergilir.

"Kali ini sambutan Hari Ibu akan dibuat di rumah kakak saya. Kami masing-masing akan sediakan makanan kesukaan ibu seperti mi wantan, bubur nasi dan sebagainya.

"Ketika itu, suasana memang meriah kerana dianggarkan seramai 100 orang termasuk kami (anak-anak), menantu, cucu dan cicit akan ada bersama. Dan pada masa itu, kami (anak-anak) akan beri hadiah istimewa kepada ibu.

"Hadiah cuma nak tambahkan lagi kegembiraan sambutan hari itu. Tanyalah pada mana-mana ibu kerana mereka sebenarnya lebih gemar anak-anak selalu bersama dan berada dekat dengan mereka," katanya.

-- BERNAMA

Saturday, May 7, 2011

Pelajar Universiti Perlu Bersedia Hadapi Cabaran Selepas Tamat Pengajian

KOTA KINABALU, 7 Mei (Bernama) -- Pelajar universiti perlu menyedari cabaran dalam industri yang mereka ingin ceburi selepas memperoleh ijazah dalam usaha menjadi petugas yang penuh berkelayakan dalam tenaga kerja hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Jobmarket Malaysia Sdn Bhd Datin Paduka Juma'ah Moktar berkata pelajar tidak boleh bergantung semata-mata kepada ijazah mereka apabila mencari kerja sekiranya mereka tidak mempunyai pengkhususan dalam bidang pengajian yang diperlukan oleh industri tertentu.

Beliau berkata pelajar harus sedar bahawa keadaan kini bukanlah seperti 10 atau 20 tahun dahulu apabila pekerjaan menanti mereka, sebaliknya mereka kini mesti bergerak seiring dengan industri.

"Dalam industri pelancongan, misalnya, difahamkan bahawa ia tidak mempunyai pemandu pelancong berwibawa yang bukan sahaja boleh bertutur dalam pelbagai bahasa.

"Pelancong yang datang ke negara kita mengharapkan yang lebih baik dan lebih ramai orang yang tahu mengenai negara ini secara mendalam dan bukannya maklumat umum yang mereka boleh peroleh dalam risalah atau menerusi internet," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Cabaran Program Pelatih Kebangsaan (NIC) Kelima (NIC) 2011 di sini.

Juma'ah berkata siswazah hari ini tidak boleh bersikap terlalu memilih ketika mencari pekerjaan, sebaliknya mereka perlu meningkatkan diri dan berusaha sedaya upaya untuk menjadi pakar dalam bidang mereka sendiri.

Pelajar Universiti Perlu Bersedia Hadapi Cabaran Selepas Tamat Pengajian

KOTA KINABALU, 7 Mei (Bernama) -- Pelajar universiti perlu menyedari cabaran dalam industri yang mereka ingin ceburi selepas memperoleh ijazah dalam usaha menjadi petugas yang penuh berkelayakan dalam tenaga kerja hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Jobmarket Malaysia Sdn Bhd Datin Paduka Juma'ah Moktar berkata pelajar tidak boleh bergantung semata-mata kepada ijazah mereka apabila mencari kerja sekiranya mereka tidak mempunyai pengkhususan dalam bidang pengajian yang diperlukan oleh industri tertentu.

Beliau berkata pelajar harus sedar bahawa keadaan kini bukanlah seperti 10 atau 20 tahun dahulu apabila pekerjaan menanti mereka, sebaliknya mereka kini mesti bergerak seiring dengan industri.

"Dalam industri pelancongan, misalnya, difahamkan bahawa ia tidak mempunyai pemandu pelancong berwibawa yang bukan sahaja boleh bertutur dalam pelbagai bahasa.

"Pelancong yang datang ke negara kita mengharapkan yang lebih baik dan lebih ramai orang yang tahu mengenai negara ini secara mendalam dan bukannya maklumat umum yang mereka boleh peroleh dalam risalah atau menerusi internet," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Cabaran Program Pelatih Kebangsaan (NIC) Kelima (NIC) 2011 di sini.

Juma'ah berkata siswazah hari ini tidak boleh bersikap terlalu memilih ketika mencari pekerjaan, sebaliknya mereka perlu meningkatkan diri dan berusaha sedaya upaya untuk menjadi pakar dalam bidang mereka sendiri.

Friday, May 6, 2011

Seorang ibu rentung selepas selamatkan tiga anak

KUALA KRAI: Sehari menjelang sambutan Hari Ibu, seorang ibu berkorban nyawa bagi menyelamatkan tiga anaknya daripada api yang marak membakar rumah mereka di Taman Sri Guchil, Kuala Krai, tengah hari semalam.
Sebelum ditemui rentung, Rafidah Ismail, 36, terpaksa membengkokkan besi tingkap rumah untuk mengeluarkan anakanaknya bagi disambut jiran.
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, tiga anaknya, Rashidah Iliana Zamri, 7; Zaim Shahrul, 6; dan Zaim Iqbal, 2, selamat, bagaimanapun Rafidah terperangkap di dalam rumah dipercayai gagal membuka jeriji pintu.

Mayat mangsa yang berkhidmat sebagai jururawat di Hospital Kuala Krai ditemui dekat pintu utama rumah berkenaan.

Namun bagi bapa mangsa, Ismail Husin, 63, yang masih terkejut dengan kejadian itu, jeritan meminta tolong anak sulungnya akan menghantuinya sepanjang hayat.

“Masih terngiang-ngiang suaranya meminta tolong ketika api marak tapi saya tidak mampu berbuat apa-apa,” katanya sebak.
Suami mangsa, Zamri Hamat, 38, tentera di Kem Sri Banding Grik, Perak, berkata beliau menerima panggilan telefon daripada bapa mentuanya, kira-kira jam 2 petang selepas solat Jumaat.

“Bapa mentua minta saya bertenang ketika memberitahu rumah saya terbakar dan isteri terperangkap di dalam rumah,” katanya yang tiba di Kuala Krai jam 5.45 petang.

Katanya, kejadian itu memberi tamparan hebat baginya sekeluarga terutama anak sulung mereka Rashidah Ilyana yang masih terkejut dengan peristiwa yang menimpa ibunya.

“Anak sulung saya hanya mendiamkan diri bila ditanya kerana benar-benar terkejut dengan kejadian yang menimpa ibunya,” katanya.

BERDOSA JIKA BERBOROS DALAM MAJLIS PERKAHWINAN

Riyadh : anggota badan tertinggi agama diraja arab Saudi, Syeikh Abdullah Bin Sulaiman Al-Muni’ berkata pemborosan dalam penyediaan majlis perkahwinan yang tiada berkaitan dengannya seperti persandingan dan seumpamanya adalah berdosa, sama ada dilakukan oleh pihak keluarga mempelai perempuan ataupun lelaki.
Beliau yang juga penasihat agama diraja Negara itu menyifatkan pemborosan adalah satu amalan yang amat tidak berkaitan dengan ajaran agama islam yang sudah menjadi perkara biasa (trend) masyarakat umat islam hari ini akibat kedangkalan mereka tidakmahu bersolat jemaah serta duduk dalam majlis ilmu.

Tegas beliau lagi, kalau masa lalu majlis perkahwinan dilakukan secara ala kadar dan sederhana bentuknya dengan menjaga adab-adab yang diajarkan oleh agama, akan tetapi kecenderungan hari in sudah berubah kerana masing-masing mahu bersaing ketika menganjurkan majlis tersebut tanpa mengambil kira lagi soal halal dan haram.
Beliau mewakili segenap anggota badan tertinggi agama diraja menyeru semua para wali agar meletakkan rasa takwa kepada Allah S.W.T lebih dalam hati mereka, dalam erti kata cemas dan takut bila mana Allah turunkan bala ketika sedang berlangsungnya majlis perkahwinan dengan tidak sempat memohon keampunan daripadaNya. Sedangkan Nabi telah memberi tunjuk ajar bahawa perkahwinan yang paling diberkati Allah ialah yang paling sederhana.
Begitu juga dengan harga mahal pada mas kahwin yang dianggap sebagai melampau serta wang perbelanjaan yang ditanggung oleh pengantin lelaki atau keluarganya yang kadang-kadang tidak mampu diadakan oleh pihak lelaki, tetapi kerana mahu kahwin juga terpaksalah menanggung beban yang akhirnya boleh memporak-perandakan pasangan yang baru berkahwin.

Ia bukan sahaja tidak sesuai dilakukan, malah sebagai salah satu perkara bidaah yang tidak diajarkan oleh Rasulullah SAW. Begitu juga tindakan ibubapa yang meletakkan jumlah mas kahwin yang tinggi boleh menyebabkan ramai anak-anak teruna terpaksa membatalkan hasrat untuk berkahwin karana tidak mampu untuk menghimpunkan jumlah yang tinggi.

Syeikh Abdullah menempelak sesetengah ibu bapa yang beriya-iya mengadakan majlis yang agak mewah dan boros, sedangkan anak-anak mereka tidak mahu majlis seumpama itukarana tahu bahawa ia bukanlah majlis yang baik yang diberkati Allah setelah mereka belajar hukum berkenaan ketika belajar di university.
Sekali lagi badan agama tersebut mengingatkan para ibu bapa yang mempunyai anak-anak gadis agar tidak meletakkan harga mas kahwin yang tinggi seolah-olah mahu menjual anak masing-masing, malah kehidupan alam rumah tangga anak-anak mereka tidak mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Rayig.com

Sunday, May 1, 2011

Menduakan cintanya

Menduakan cintanya
Bila ujian cinta menjalar, dimana panduannya?

“Salahkah bercinta?” “Allah yang hadirkan cinta, takkan tak boleh layan?” “kalau tak bercinta, macam mana nak kenal bakal pasangan?”
Begitulan antara keluhan remaja kita. Banyak persoalan di minda yang masih belum terjawab. Siapa yang akan menjawabnya?
Adakah pengalaman orang dewasa di sekeliling mereka yang akan menjawab? Atau logik minda mereka sendiri akan menjawab kesemua persoalan tersebut? Atau penangan media massa yang akan mengilhamkan jawapan untuk mereka?
Beruntunglah remaja yang mencari jawapan yang benar daripada sumber yang maksum (terpelihara) iaitu Al-Quran dan sunnah, bukan mencari fatwa di dalam majalah-majalah hiburan, kisah cinta picisan, drama lakonan dan perbincangan kosong di alam maya.
Beruntunglah remaja yang mendapat didikan yang benar daripada Al-Quran dan sunnah. Bukan membiarkan diri dididik dan tunduk kepada kepuasan rakan sebaya, orang sekeliling dan realiti yang bercanggah dengan kebenaran.
Al-Quran dan sunnah, dua sumber yang akan menyelamatkan kita daripada terhumban dalam kesesatan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “ Aku meninggalkan kamu dua perkara, tidak akan sesat selama-lamanya kepada sesiapa yang berpegang kepada kedua-duanya; kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya ”. (Riwayat Malik)
Jika ujian cinta itu amat berat dan menjalar dalam segenap hidup manusia sepanjang zaman, takkan dua sumber yang agung ini tidak memberi panduan tentangnya? Panduan untuk menguruskannya, bukan untuk membunuhnya. Masakan Islam agama yang fitrah mahu membunuh fitrah. Islam memandu kita untuk menyalurkannya secara mulia, terhormat dan bermaruah. Bersama redha Allah.
Nasihat Buat Remaja
Remajaku sayang,

Belek-beleklah panduan Al-Quran dan sunnah. Alam remajamu akan menjadi indah terarah. Naluri ingin mencintai dan dicintaimu akan terpesona dengan naluri ingin memiliki cinta agung. Kuasa cinta agung ini akan lebih membina kegagahan dalam setiap derap langkahmu menuju masa depan. Kegagahan tercipta kerana dirimu berasa dinaungi cinta Yang Maha Gagah. Itulah kehebatan cinta Allah.
Di mana harus dicari panduan-panduan yang praktikal agar cinta sesama manusia akan dapat memancing cinta Allah sekali gus. Insyaallah di sini Solusi salah satu jalannya. Selain mengutip panduan daripada bahan-bahan bacaan yang berfaedah, kau akan temuinya di bibir guru-guru yang beramal, orang soleh, di majlis-majlis ilmu, forum-forum, ceramah-ceramah, masjid-masjid, blog-blog yang dipercayai, laman web para ulamak dan sebagainya. Ini ialah jalan-jalan untuk kita lebih memahami Al-Quran dan sunnah. Banyak dan mudah,bukan kah begitu? Jika hendak seribu daya. Jika tidak hendak, doa-doalah agar hati menjadi lunak. Tunduk dan menyerahlah kepada apa yang Allah kehendaki.

Syirik Cinta
Selalu kita diingatkan agara tidak syirik. Ada apa dengan syirik? Syirik itu menduakan Allah. Menyembah selain Allah. Ia dinobatkan sebagai raja segala dosa besar. Dosa yang tidak mampu diberi ganti rugi untuk membeli keampunan Allah.
Mengambil sesuatu selain daripada Allah SWT sebagai sumber kecintaan yang paling utama dalam hidup bererti menggantikan tempat Allah SWT dengan selainNya. Allah SWT mendedahkan kepada kita dalam Al- Quran melalui firman yang bermaksud “ Dan di antara manusia, ada orang yang menjadikan selain Allah sebagai tandingan. Mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat seksa (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahawa Allah amat berat seksaNya (nescaya mereka menyesal).” ( Surah Al-Baqarah 2: 165 )
Para ulamak ketika membincangkan ayat ini menyebut tentang kesyirikan dalam cinta atau ia digelar sebagai syirk al-mahabbah. Manusia menduakan cinta kepada Allah dengan makhluk seangkatan dengannya.
Bagaimana dengan cinta kita kepada makhluk saat ini? Adakah ia sedang menjadi alat untuk kita lebih dekat kepada Allah? Atau adakah ia sedang menjadi matlamat yang kita damba-dambakan sehingga melupakan Allah? Semakin besar cintamu kepada Allah, semakin kecil nilai makhluk di hatimu, apatah lagi untuk manjadikannya tandingan kepada Allah untuk diangau-angaukan.
Ketika cinta berkuasa, dirimenjadi bingung. Gundah –gulana. Resah melanda. Banyak urusan tergendala. Apa yang dibuat serba tak kena. Merebak rasa malas. Membarah rasa segan jika orang tahu tindakan yang pernah dilakukan. Maksiat demi maksiat mula meratah iman dan kesedaran. Menyimbah nur dengan kegelapan.hati menjuih taktala mendengan kebenaran.

Aduhai hati, takutlah kepada syirik cinta! Jangan tipiskan sensitivitimu wahai kerana aku tidak sanggup memiliki hati yang mati.
Menterjemahkan Cinta Dengan Jalan-Jalan “ Taqrabu Al-Zina ”
Ya, bukan Allah tidak tahu hatimu cenderung pada si dia. Bukan Allah tidak memahami kau selalu merinduinya. Bukan Allah tidak mengerti bayangnya sering singgah di mindamu. Semua itu fitrah. Setiap fitrah ada peraturannya. Kenapa? Supaya fitrahmu akan disalurkan secara mulia dan diredhaiNya.
Bagaimana menghadapi ujian ini? Agar fitrah tidak menjadi fitnah. Agar fitrah mendapat barakah. Bagaimanakah caranya?
Kenal pasti dulu tahap kesediaanmu, wahai remaja. Dirimu sedang sibuk bergelumang dengan pelajarankan? Dirimu belum bersedia untuk berumah tanggakan? Dirimu sedang mempersiapkan dirikan? Dirimu sedang mengutamakan prioriti yang lebih pentingkan?
Kalaudirimu dalam situasi ini, jadikan ujian cinta ini sebagai lubuk pahala apabila kau perisaikannya dengan mujahadah. Apabila “angau” bertandang, cepat-capatlah beristigfar kepada Allah. Kita beristigfar bukanlah kerana rindu itu suatu dosa sebaliknya kerana bimbang zina hati akan menjalar. Sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang boleh membina diri.
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “ Setiap Bani Adam memiliki peluang untuk berzina. Kedua-dua mata itu berzina dan znanya adalah dengan melihat. Kedua-dua kaki berzina dan zina itu adalah dengan berjalan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah dengan mencium dan hati juga berzina dan zinanya adalah hawa nafsudan angan-angan. Tetapi kemaluanlah yang akan membenarkan atau mengingkari zina tersebut”.(Riwayat Ahmad )
Gentarlah dengan firmanNya ini yang bermaksud “ Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk ”. ( Surah Al-Isra’ 17 : 32 )

Para ulamak telah menjelaskan bahawa firman Allah SWT “ janganlah kamu mendekati zina ” maknanya lebih dalam daripada “ janganlah kamu berzina ”. firman Allah tersebut bermakna “ dan janganlah kamu mendekati sedikit pun juga daripada zina.” ( tafsir Al-Qurtubi,jil. 10, hlm. 253 ) Yakni, janganlah kamu mendekati apa-apa yang berhubungan dengan zina dan apa-apa yang membawa kepada zina, apatah lagi sampai berzina. ( Tafsir Ruh al-Ma’ani, Jil.15, Hlm.67-68, al-Iman al-Alusi al-Baghdadi, tafsir Bahr al- Muhith, Jil. 6, Hlm.33 )
Setelah Islam memberi panduan, wajarkah menyalurkan fitrah cinta dengan jalan-jalan yang menghampiri zina? SMS bertali arus tanpa keperluan. Call siang malam tanpa urusan. Chatting kosong tanpa isi. Dating bertemankan syaitan. Pandang-pandang tanpa pagaran. Khalwat di tempat-tempat sunyi. Berbual-bual, bincang-bincang, tanya-tanya khabar tanpa sempadan. Menghalalkan ikhtilat (pergaulan bebas) dengan istilat adik angkat, abang angkat dan sebagainya.
Inikah Bukti Cintamu?
Adakah kau ingin membina sebuah mahligai perkahwinan dengan sebuah kenangan cinta yang menghampiri zina? Berkatkah nanti syurga dunia idamanmu? Mampukah ia membawa kepada syurga abadi?
Artikal petikan daripada Solusi Isu No 29, Mencipta Syurga Rumah Tangga, Bahagian Remaja oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin.